top of page

Ramai calon bertanding tanda demokrasi subur dalam KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Kehadiran ramai calon yang bertanding di peringkat Pusat bagi pemilihan KEADILAN tahun ini merupakan perkembangan positif dalam membentuk proses demokrasi yang subur dalam parti ini.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak Roland Engan berkata perkara itu sedia difahami oleh seluruh anggota parti setelah selama ini mereka berkhidmat dengan setia di peringkat akar umbi termasuk di cabang dan negeri.


"Semua calon yang menawarkan diri untuk berkhidmat untuk KEADILAN di peringkat Pusat ialah rakan seperjuangan yang komited untuk membangun Malaysia yang adil melalui parti.


"Oleh itu, pencalonan mereka dialu-alukan. Sudah pasti mereka telah membuat pertimbangan sewajarnya sebelum menerima cadangan dan sokongan terhadap pencalonan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.


Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sebelum ini menangguhkan proses Pencalonan Pemilihan 2025 peringkat Pusat yang dijadualkan pada 3 dan 4 Mei kepada 8 hingga 9 Mei.


Proses tersebut dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian.


Roland berkata segala usaha terbaik calon-calon yang terbabit merupakan landasan kukuh untuk mereka sebagai aktivis parti dalam meneruskan komitmen dengan teratur seperti sedia kala.


"Semangat berpasukan dan saling hormat-menghormati terbukti telah membolehkan pemilihan parti berjalan dengan lancar dan teratur. Ia pasti berlaku juga kali ini," katanya.


Beliau berharap hasil pencalonan dan pemilihan parti kali ini akan memudahkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk meneruskan agenda pemulihan negara dan reformasi secara holistik.


"Secara khusus untuk Cabang-Cabang KEADILAN seluruh Sarawak, tolong pertimbangkan sokongan padu untuk calon-calon daripada Sarawak seperti pada calon-calon lain dari seluruh negara.


"Akhirnya, bersama kita mendoakan agar hasil pemilihan parti yang adil, bebas, bersih, telus dan berintegriti juga mempermudahkan KEADILAN Sarawak meneruskan matlamat perjuangannya demi Sarawak pada sesi 2025-2028," kata beliau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page