Ramai anak muda keluar mengundi di Semerah, DUN lain berjalan lancar



Calon KEADILAN DUN Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar gembira melihat peratusan keluar mengundi anak muda yang baik di kawasan beliau.


Khuzzan berharap anak muda mampu membuat perubahan pada pilihan raya kali ini.


"Alhamdulillah saluran 5 di SMK Dato Onn ramai anak muda, dan kita melihat mencapai 40%. Tengah hari ini akan melepasi 50%.


"Apa yang kita mahu ialah anak muda dapat menjalankan tanggungjawab dalam negara yang berlandaskan demokrasi," katanya dalam siaran rakaman di Facebook, pagi tadi.


Rakaman itu juga menunjukkan kenderaan yang bersesak di jalan hadapan sebuah sekolah di DUN Semerah.


Khuzzan menyeru para pengundi agar segera menunaikan tanggungjawab kerana cuaca tidak boleh dijangka akan cerah pada sebelah petang.


Sementara itu di DUN Bukit Naning, calon KEADILAN Md Ysahrudin Kusni selesai membuang undi bersama isteri beliau.



"Selamat mengundi calon no1


"Saya dan isteri mengundi di SK Bukit Naning pagi ni," kata anak jati Bukit Naning itu yang mengundi dan tinggal di DUN berkenaan.


Seorang lagi, calon KEADILAN DUN Parit Raja, Mohd Fakharuddin Moslim menunaikan tanggungjawab di Sekolah kebangsaan Air Tawar 5.



"Alhamdulilah, selesai membuang undi di SK Air Tawar 5.


"Buat warga Johor, ayuh laksanakan tanggungjawab kita selaku pengundi pada PRN Johor ini.


"Bersama kita bina Johor yang lebih baik," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER