top of page

Ramadan: PM seru umat Islam ambik kesempatan tingkat amal



Oleh: Azuan Ab Rahman


Umat Islam diseru menjadikan awal Ramadan sebagai kesempatan untuk bermunajat dan meningkatkan amal.


Seruan itu disampaikan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu coretan dari Berlin yang dikongsikan melalui laman Facebooknya.


"Di Berlin, umat Islam mula menjalankan ibadah puasa Ramadan dan kepada perwakilan yang bersahur jam 4.00 pagi dan solat Fajr jam 4.35 pagi, dianjurkan memenuhi waktu dengan membuka Al Quran beserta tafsirnya sekali.


"Jadikan awal Ramadan kesempatan kita bermunajat dan meningkatkan amal serta tercapai derajat taqwa serta berusaha sesungguhnya menggapai nikmat madrasah Ramadan," katanya menurut hantaran itu.


Dalam pada itu, Anwar turut berkongsi beberapa mesej yang diterima dari rakan Indonesia berhubung penderaan anak santri di pesantren (pondok) Jawa Timur.


Katanya, perkara itu mengingatkan beliau kisah penderaan pelajar termasuk pengalamannya ketika menjadi Menteri Pendidikan yang berlaku di sebuah sekolah di Cheras, Kuala Lumpur.

"Pendidikan tidak wajar mengesampingkan disiplin, akhlak dan adab. Pelajaran, waima pendidikan agama sekalipun, bukan sekadar menimba ilmu dan keratan ayat-ayat tanpa pencerahan, kesedaran dan amalan," ujarnya


Lantaran itu, Anwar berkata, semua tenaga pengajar dan ibu bapa perlu menekan kaedah itu dan tidak bersubahat melindungi gejala tersebut.


"Untuk sekolah, institut, kolej dan universiti, berilah penekanan menjaga disiplin dan adab serta bertegas menghindari kecurangan dari berakar sejak di pusat pengajian lagi," jelasnya.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page