top of page

Rakyat tertindas di bawah pentadbiran PN - Razeef



Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Mahiaddin Yassin kononnya Kerajaan Negeri yang bakal dipimpin gabungan pembangkang itu akan lebih adil dan saksama untuk kepentingan rakyat, dibidas banyak pihak.


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin berkata, hakikatnya rakyat telah tertindas sepanjang 33 bulan pentadbiran PN sebelum ini.


Beliau mengingatkan rakyat kepada prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang tidak adil dan membebankan terutama ketika rakyat dikurung di bawah Perintah Kawalan Pergerakan dan darurat yang menghancurkan ekonomi.


"Isu SOP ketika Covid-19 melanda negara sahaja cukup membuktikan PN tidak adil terutama kepada rakyat sedangkan keistimewaan diberikan kepada pemimpin-pemimpin PN," ujarnya.


Sabtu lalu Mahiaddin menggesa orang ramai untuk tidak risau berhubung ‘gelombang hijau’ yang dikaitkan naratifnya seolah-seolah pentadbiran kerajaan PN akan menyerupai pemerintahan Taliban di Afghanistan.

Bagaimanapun Razeef berkata, rakyat memang wajar risau terhadap pelbagai gelombang yang dibawa PN yang memainkan sentimen kaum dan agama sempit sehingga boleh menghancurkan keharmonian negara.


Beliau juga mengaitkan beberapa insiden membabitkan pemimpin PN baru-baru ini termasuk tindakan mempersenda institusi diraja.


"Gelombang 'Selangor Baharu' yang dibawa baru-baru ini dengan mempersenda dan menghina Sultan Selangor secara terang-terangan di pentas ceramah politik (adalah bukti yang merisaukan).


"Begitu juga dengan gelombang hijau yang boleh dilihat sebagai kejayaan PN dalam gerakan (penyebaran) propaganda serta fitnah kepada Pakatan Harapan (PH) sehingga mempengaruhi segelintir rakyat.


"Amat pelik bila Mahiaddin cuba menafikan gelombang yang ditunggang beliau sebelum ini.


"Perkara lebih teruk akan berlaku jika PN mendapat mandat melalui pilihanraya," tambah Razeef.


Justeru, Razeef berharap rakyat di enam negeri yang akan mengundi pada Ogos ini menolak PN untuk bertapak di negeri mereka dan yang telah diperintah PN agar menukar selera ke arah Kerajaan Madani yang lebih bersederhana dan maju.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page