top of page

'Rakyat tersentak MP PN tidak amal politik khidmat, tiada kualiti' - Lokman



Tsunami politik gelombang hijau yang melanda negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lalu mungkin menyeronokkan pengundi pro parti Melayu - Islam di Malaysia kerana kemenangan 74 Ahli Parlimen PN.


Bagaimanapun, menurut Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam, pengundi Atas Pagar yang mengikut arus sebaliknya tersentak selepas PRU apabila mendapati wakil rakyat yang mereka undi jauh berbeza berbanding wakil UMNO sebelumnya.


Kata Lokman, wakil rakyat PN sering memberikan alasan tiada peruntukan apabila penduduk mengadu masalah, berbanding wakil UMNO sebelumnya yang berusaha menyelesaikan masalah mereka.


"Bila angkat seorang wakil rakyat kita mahu wakil itu membela nasib kita. Kalau UMNO kami dikenali pengamal politik khidmat


"Namun saya rasa kali ini rakyat sedikit tersentak. Kalau dulu dilantik wakil rakyat dari UMNO segala masalah rakyat itu dia akan cari wakil UMNO. Masalah anak masuk universiti, anak sambung belajar, soal bil api, air kena potong, kereta kena tarik, segala maslaah semua mereka cari wakil rakyat


"Namun telah ada satu perubahan besar pada PRU lepas bila mana 74 kerusi dimenangi Bersatu dan Pas. Rata rata yang menang ini mereka tidak mengamalkan politik khidmat.


"Bila rakyat tak dapat khidmat dari wakil PN, mereka cari bekas wakil rakyat BN, Ketua Bahagian. Mereka mencari orang UMNO, dan ada di antara mereka ini mengalami kekecewaan yang luar biasa kerana mereka tak sangka dengan politik khidmat yang mereka curahkan misalnya Datuk Aziz Baling, dari anak lahir sampai ke liang lahat, sediakan van jenazah, last sekali dia ditolak bukan sedikit tetapi banyak," katanya dalam bual bicara Rakyat Hakim Wakil Rakyat: Prestasi Ahli Parlimen Dalam Dan Luar Dewan, terbitan Jom Channel, malam tadi.


Oleh itu, Lokman mengingatkan rakyat terutama golongan Atas Pagar agar berhati hati sebelum mengundi dan jangan termakan arus tsunami perubahan.


Beliau juga hairan kerana PN sewaktu pilihanraya lalu tidak mempunyai mengeluarkan wang memberi 'hadiah' kepada pengundi tetapi setelah menang mereka berkata tiada peruntukan untuk menyelesaikan masalah rakyat.


Mengulas kekurangan daya intelek wakil rakyat PN pula, Lokman berkata, rata rata pemimpin PN telah kehabisan modal kerana isu perkauman dan fitnah agama tidak mudah untuk dikekalkan momentumnya.


Maka katanya, wakil rakyat PN mencungkil isu lama yang telah diselesaikan, isu yang telah padam dinyalakan semula untuk menarik perhatian rakyat.


Termasuklah, katanya yang terbaharu mereka menjadikan Ahli Parlimen DAP sebagai mangsa fitnah dalam ceramah kononnya mempunyai susur galur keturunan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya atau keluarga pemimpin parti pemerintah Singapura.


"Mereka cuba nak cungkil balik benda benda macam ini. Sebab itu mereka kata (ada) hubungan kekeluargaan (antara pemimpin).


"Mereka kata Teresa Kok mengeluarkan kenyataan tidak menghormati Islam sebagai agama Persekutuan. Padahal kes fitnah ini telah pun dibicarakan, Teresa dah menang kes ini. Tetapi bila diulang balik seolah olah benda baru.


"Nampak gayanya Ahli Parlimen PN bukan sahaja gagal di luar dewan parlimen, di dalam Dewan Rakyat pun mereka gagal berfungsi. Persoalan yang dibangkitkan mereka isu remeh temeh dan isu dah selesai di mahkamah," katanya.


Sehubungan itu, Lokman menasihatkan rakyat Malaysia supaya lebih rajin dalam mencari kesahihan maklumat dan jangan terlalu malas sehingga boleh ditipu oleh tentera siber pembangkang yang menyebarkan maklumat lama atau sengaja diputar belit.


"Mengecewakan rakyat Malaysia tak pernah periksa benda ini betul ke tidak. Sepatutnya setiap kali dapat maklumat buka link. Kalau setakat poster belum tentu poster itu betul.


"Kalau tidak ada link berita, copy tajuk itu google dan akan keluar semua. Ini rakyat kena buat. Kalau ada link pula tengok bila tarikh. Itu juga penting.


"Saya kadang kadang kecewa. Bila kita dah jawab mereka tanya apa benda ini. Maknanya mereka tidak periksa maklumat kita," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page