Rakyat Terengganu sedar Pas tidak boleh diharap, janji tinggal janji - Azan



Cadangan Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang ditemui di Perhimpunan Agung Umno semalam bahawa Pas dan Umno perlu bertanding "secara mesra" bagi menentukan parti manakah yang lebih disukai rakyat untuk memerintah Terengganu, pasti menggetarkan Pas.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, Pas tidak mempunyai keahlian yang banyak berbanding Umno dan akan terkesan sekiranya Umno bertanding di semua kerusi sebagaimana diwar-warkan parti itu sebelum ini.


Katanya, penyokong Pas lebih banyak terdiri daripada individu Atas Pagar dalam kalangan hampir 45% rakyat Terengganu yang tidak berparti.


Menurut Azan, kemenangan Pas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu adalah disebabkan keupayaan parti itu memperdaya golongan Atas Pagar untuk menyokong mereka.


"Rakyat percaya Pas bersungguh-sungguh untuk menegakkan Undang-undang Islam, menolak penyelewengan, berjanji untuk melaksanakan manifestonya. Seperti sediakan tapak rumah, beri blok tanah, hapus cukai pintu dan sebagainya.


"Sudah tentu rakyat yang tidak berparti ini merasakan tidak mungkin Pas sebuah parti berasaskan Islam hendak menipu mereka. Jadi mereka tidak percaya yang Pas sebenarnya boleh menipu atau memperdaya," katanya ketika dihubungi.


Bagaimanapun, tambah Azan, selepas tiga tahun barulah rakyat Terengganu tersedar daripada mimpi. Malah, katanya, kini ahli serta penyokong Pas sendiri mempersoalkan perjuangan sebenar Pas yang seolah-olah dilupakan selepas mendapat kerajaan pusat.


"RUU355 diketepikan dengan mudah. Yang dulunya kata nak menegakkan undang-undang Islam tetapi sekarang boleh cari alasan.


"Pendapatan daripada judi (dalam kerajaan pusat) boleh dan ini semua berlaku selepas Pas jadi kerajaan.


"Semua (yang dahulu haram) dibolehkan dan mereka (Pas) senyap sunyi malah menunjukkan sikap sebenar (terbalik) dengan berkenderaan mewah, motosikal besar, kereta Mercedes serta pergi bercuti mewah," ujarnya.


Menurut Azan lagi, hari ini banyak penyokong Pas pada PRU 14 lalu kesal dengan sikap pimpinan parti itu yang tidak mengotakan janji


Katanya, sekiranya gelombang kesedaran itu semakin meluas tidak mustahil rakyat Terengganu yang kecewa akan memilih Pakatan Harapan dalam PRU ke 15.


"Jika dulu mereka merasakan Umno perlu dibuang dan diganti dengan pemerintahan yang lebih bagus.


"Apabila diganti dengan Pas, sama juga seperti Umno. Maka mereka (rakyat) sedang berfikir untuk mencari alternatif tidak memilih kedua-duanya (Pas dan Umno).


"Ini memberikan ruang dan peluang kepada PH. Saya merasakan mereka akan membuat keputusan yang mengejutkan kali ini (PRU 15)," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER