Rakyat terdesak kenaikan harga, PM, Ahli Parlimen seronok hadiri jamuan makan di hotel?



Kenaikan harga barang yang dialami rakyat seharusnya diselesaikan segera oleh kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Sebaliknya, menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, jamuan kelab penyokong kerajaan pula yang disegerakan dan dibuat dihotel 5 bintang.


Katanya, dalam sidang bersama Biro Mahasiswa AMK, beliau mendapati banyak masalah yang dialami oleh mahasiswa berkaitan kos sara hidup yang perlu ditangai oleh kerajaan berbanding menghadiri jamuan makan minum.


"Malangnya ketika anak muda mencari jalan mengurangkan beban kos sara hidup, kumpulan Ahli Parlimen kerajaan menunjukkan tidak peka tentang kenaikan harga barang. Saya telah dihubungi mahasiswa atau keluarga netizen yang mahu kepastian sama ada benarkah pada malam semalam diadakan satu jamuan keramaian di hotel terkemuka negara yang melibatkan PM?


"Program majlis makan malam siratulrahim kelab penyokong kerajaan bersama PM ini kalau kita lihat dari segi backdrop yang dipasang, menunjukkan PM dan Ahli Parlimen Pasir Salak.


"Bila saya semak di halaman rasmi PM tidak dipaparkan gambar ini.


"Senator Wan Faisal pula telah berkongsi gambar (di laman sosial), yang melibatkan Ahli Parlimen Umno, Bersatu dan Pas. Ini menunjukkan ketika kita mencari jalan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, Ahli Parlimen masih lagi boleh mengadakan majlis keramaian sedemikan," katanya dalam sidang media di Parlimen, semalam.


Akmal juga mempersoalkan siapakah penganjur program berkenaan kerana tidak diumumkan di mana mana laman web rasmi menteri.


Katanya, hal itu perlu dimaklumkan kepada rakyat sama ada dianjurkan agensi kerajaan, Ahli Parlimen atau ahli politik tertentu.


Bagaimanapun Akmal kesal kerana majlis itu diadakan di tengah tengah desakan Ahli ahli Parlimen agar kerajaan menyegerakan mesyuarat menurunkan harga barang.


"Mengapa majlis makan malam meraikan Ahli Parlimen penyokong kerajaan boleh dibuat di hotel terkemuka dan lebih segera.

"Sedangkan apa yang diumum di Parlimen semalam setelah didesak oleh Ahli parlimen Pakatan Harapan dan lain lain, Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara hanya akan diadakan esok.


"Kita bukan membazir dari segi kewangan tetapi juga masa. Kalau betul kerajaan peka, perkara ini yang patut diutamakan, bukan majlis keramaian


"Adakah kerajaan BN PN ini tidak memahami kesusahan rakyat? Ketika semua mengadu harga barang, mereka berjamaah dengan penyokong kerajaan, di manakah hati naluri MP tersebut?


"Tidak cukupkah pembaziran melantik duta khas, penasihat PM sedangkan jumlah menteri sudah menjadi terbesar dalam sejarah negara," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER