top of page

Rakyat telah lihat prestasi semua parti, masa memilih yang terbaik - NGO



Rakyat Malaysia yang mengundi sewajarnya memilih kerajaan yang terbaik setelah melihat semua parti yang berhasrat memerintah telah mencuba menjadi kerajaan.


Menurut kenyataan dari sekumpulan NGO Perak, peluang sekali dalam 5 tahun pada hari ini perlu digunakan sebaik baiknya untuk melantik kerajaan yang tidak mencurangi rakyat selepas diberi kuasa.


"Pilihan Raya Umum (PRU) 15 adalah PRU paling bersejarah setelah rakyat Malaysia beberapa kali diperdaya oleh politikus hingga berlakunya pengkhianatan dan penafian hak demokrasi bagi mereka menentukan sikap politik.


"Pada tahun 2018 rakyat telah memilih kerajaan mereka dan diruntuhkan oleh para pengkhianat pada tahun 2020.


"Kali ini kami bersama rakyat berazam untuk menghukum para pengkhianat di mana saja mereka bertanding," kata kenyataan NGO berkenaan.


Tegas kumpulan NGO itu, mereka berpendapat Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri Malaysia terbaik pada ketika ini yang dikemukakan oleh kalangan gabungan parti yang bertanding.


"Kami bersepakat dan menyeru rakyat Malaysia agar memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai wakil rakyat di P063 Tambun untuk melayakkan beliau untuk menjadi PM 10.


"Bagi mencapai misi mengambil kuasa secara demokratik di Malaysia, kami juga menyeru rakyat Malaysia agar memilih semua calon wakil rakyat Dari PH di seluruh negara. Salah satu syarat untuk Datuk Seri Anwar layak dilantik sebagai PM ke 10 dengan PH mendapatkan majoriti mudah di parlimen," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Otai Reformis 1998, Massa Perak, ABIM Perak dan Wadah.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page