top of page

'Rakyat tahu siapa buat kerja, siapa tidak' - Hans Isaac


Menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 keadaan politik Malaysia tidak akan sama seperti sebelumnya.


Menurut pengarah filem yang kini merupakan aktivis KEADILAN Ampang, Datuk Hans Isaac, selepas PRU ke 14 rakyat di Selangor dan seluruh negara amnya semakin bijak dan mampu membuat keputusan matang dalam memilih kerajaan.


Katanya, rakyat akan menilai calon manakah yang buat kerja dan calon itulah yang akan mendapat undi.


"Kita harus bekerja. Saya rasa masyarakat di Ampang matang, bukan sahaja Ampang tetapi seluruh Malaysia sudah matang untuk memlih.


"Terutama sejak kebelakangan ini dengan politik yang berlaku di Malaysia, saya rasa rakyat harus menilai sendiri siapa buat kerja dan siapa tidak buat kerja," katanya dalam temubual bersama Suara Keadilan.


Mengenai gerak kerja politik di Parlimen Ampang yang dianggap sepi sejak penyandang Naib Presiden KEADILAN meninggalkan parti, Hans berkata, beliau cuba mengisi kekosongan di sana.


Bagaimanapun, katanya NGO beliau KitaBudakAmpang lebih kepada memberi bantuan kebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira pegangan politik.


"Makin lama makin ramai rakan dan ahli parti bersama pejabat saya untuk bekerja di Ampang.


"Sebab mereka kata bila jumpa saya, Ampang dah sunyi sejak Sheraton Move lebih setahun. Mereka kata bila bertemu, macam tak tahu nak ke mana, apa nak dibuat di Ampang?


"Bila bertemu, selepas saya bergerak, semua mula bergerak. Ini satu yang bagus, kami mulakan dan orang ramai bergerak.


"Saya berterima kasih kerana sokongan kawan-kawan di Ampang. Mereka mengusahakan sekali (bersama-sama). Bukan Hans seorang yang buat benda ini," katanya.


Menjawab apakah yang mendorong beliau untuk menumpukan kepada kerja-kerja kemasyarakatan dan membantu penduduk Ampang, Hans berkata, beliau dibesarkan di Ampang dan harus memperbaiki keadaan masyarakat di situ.


Menurutnya, cita-cita untuk berkhidmat di Ampang semakin kuat sejak beliau menjadi Pengerusi Finas dan kemudian diberhentikan kerana kerajaan Pakatan Harapan tumbang.


Sejak itu, katanya beliau mengambil inisiatif menubuhkan NGO membantu rakyat susah di kawasan Ampang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page