top of page

Rakyat sudah tahu ada PKP, tetapi kerajaan lambat sediakan SOP baharu



Kerajaan dikritik hebat apabila gagal menyediakan prosedur operasi standard (SOP) baharu secepat yang mungkin walaupun sudah pun mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari Rabu.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau merasa pelik dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang masih tidak dapat mentadbir dengan teratur meskipun mempunyai pengalaman dalam soal PKP dan penyediaan SOP.


"Biasanya selepas ada pengalaman buat sesuatu berulang kali, seseorang itu akan bertambah baik, lebih cekap dan semakin efisyen.


"Tapi logik ini tidak terpakai untuk kerajaan PN. Sudah mengalami PKP beberapa kali, tapi tetap kucar kacir.


"Dah tahu sejak minggu lepas lagi bakal ada PKP. Tapi SOP belum sedia. Pengumuman dibuat tanpa SOP, pemilik perniagaan serta jutaan pekerja bimbang serta teragu-ragu mengenai periuk nasi mereka


"Kemudian kerajaan keliru kenapa ekonomi merundum, rakyat marah serta pelabur asing tidak mempunyai keyakinan," katanya.


Justeru, Saifuddin berkata kerajaan PN perlu menunjukkan kepimpinan lebih baik sebagai pemerintah negara.


"Rakyat faham dan redha terhadap keperluan PKP untuk mengurangkan kadar jangkitan dan sedia patuh SOP yang wajar.


"Tetapi kerajaan mesti sedia untuk memimpin dengan memberikan SOP yang jelas dan diterbitkan awal supaya Rakyat boleh membuat persiapan. We must do better," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page