Cadangan yang diutarakan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk mendedahkan nama nama Ahli Parlimen ponteng persidangan dialu alukan oleh Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh.
Menurut beliau, tindakan itu mendapat sokongan padu dari rakyat yang melantik para Ahli Parlimen berkenaan dalam pilihanraya.
Jelasnya, rakyat mahu melihat wakil rakyat yang mereka pilih itu benar benar berperanan membahaskan undang undang dan masalah di kawasan.
"Ahli Parlimen harus berperanan lebih profesional, bukan emosi dan berbuat sesuka hati.
"Mereka dibayar gaji bukan sukarela, jadi seharusnya tingkah laku mereka dalam dewan itu harus dikawal dengan peraturan.
"Disiplin mereka perlu dikawal kerana kita dapati ramai antara Ahli Parlimen tidak berdisiplin; tidak mengawal tingkah laku dan berbahasa kasar. Sebagai wakil yang diharapkan rakyat, mereka harus memaparkan contoh tauladan yang baik.
"Perlu diingat tindakan sebahagian Ahli Parlimen yang ponteng itu amat mengecewakan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, kata Ketua Cabang KEADILAN Batang Lupar itu, rakyat juga kecewa sekiranya Ahli Parlimen yang mereka lantik berbahasa secara hambar, emosi dan provokatif. Ahli Parlimen bisu juga mengecewakan rakyat.
Abang Zulkifli turut menyambut baik cadangan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen bagi menambah baik peranan Ahli Parlimen di tengah tengah masyarakat.
"Rakyat menginginkan perbahasan yang matang dan kehadiran penuh Ahli Parlimen dalam persidangan," katanya lagi.
Sementara itu, Abang Zulkifli juga mengkritik pandangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang kurang bersetuju cadangan memaparkan nama ahli ahli Parlimen ponteng dan lebih menjurus ke arah memperjuangkan Akta Perkhidmatan Parlimen.
Comments