Rakyat semakin tertekan, pemimpin duduk dalam sindrom penafian - ABIM



Pemimpin kerajaan BN - PN dilihat berada dalam sindrom penafian berkenaan kenaikan harga barang yang melampau sejak kebelakangan ini.


Presiden ABIM Mohd Faisal Abdul Aziz berkata, momentun keresahan rakyat 1 Julai yang bermula semalam adalah berikutan penarikan balik subsidi ke atas beberapa bahan makanan asas yang memperlihatkan banyak rakyat menganjurkan bantahan secara fizikal mahu pun di ruang maya.


"Hari ini kita bukan lagi dalam self-denial. Namun bila kita lihat kenyataan pemimpin politik, menteri banyak self-denial. 'Bukan masalah besar' dan sebagainya.


"Jangan kita terpisah dari realiti di bawah dengan membuat sindrom penafian. Kemiskinan bukan tak ada duit mahu berbelanja sahaja tetapi kemiskinan relatif.


"Kemiskinan jenis ini kalau orang di Kuala Lumpur dia boleh berbelanja tetapi kalau tayar kereta pecah dia tak ada duit, perlu pinjaman. Golongan ini bila ditarik subsidi maka keadaan jadi sukar. Kita lihat semalam viral minyak masak 5kg sampai RM42 ini menambah lagi bebanan," katanya.


Faisal juga mengingatkan bahawa 60,000 isi rumah M40 di Malaysia telah melorot menjadi B40 akibat pandemik Covid 19.


Pada ketika itu juga, katanya, kerajaan BN - PN memutuskan untuk menarik balik subsidi. Polisi tidak bertanggungjawab itu hanya akan memburukkan lagi keadaan ekonomi rakyat yang rapuh.


"Kita lihat situasi pendemik banyak isi rumah jatuh dari pendapatan sederhana kepada B40. Ini menunjukkan kedudukan ekonomi rakyat rapuh. Kalau naik harga barang mereka terus jatuh ke kemiskinan.


"Sebab itu ABIM, kita minta Pusat Zakat kembali review had kifayah penerima zakat, tambah lagi zakat. Miskin di bandar juga perlukan pinjaman dan bantuan," katanya lagi.

Farhan Rosli

Sementara wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Farhan Rosli pula membidas menteri yang berkata harga barang tidak penting ketika ini


Katanya, hal yang tidak dianggap penting itu merupakan sesuatu yang amat besar bagi rakyat marhaen.


"Semalam ada menteri kata harga barang tak penting. Ini gila apa? Gaji kamu puluh ribu, rakyat yang miskin itu terkesan.


"Menteri, pemimpin negara kurang rasa kemanusiaan. Mereka belanja besar, rakyat di bawah nak makan apa tak tau. Harga barang naik, gaji minimum naik. Bila gaji naik, harga barang naik maka kuasa beli rakyat tidak seimbang," katanya.


Tegas beliau, mahasiswa telah membentuk gerakan yang menuntut 5 perkara dan kerajaan perlu cakna bagi menyelesaikan masalah inflasi


Di antaranya, kata Farhan mansuhkan polisi membazir dengan memotong gaji menteri dan ahli lembaga pengarah GLC yang berpuluh ribu ringgit sebulan.


"Mahasiswa membentuk gerakan tuntut 5 perkara. Antara kita tuntut potong gaji menteri ahli lembaga GLC.


"Sekarang orang merana. Mahasiswa makan mee segera.


"Menteri kata harga telur mahal tak payah makan telur, ayam mahal tak payah makan ayam. Sudahnya nak makan apa?


"Tuntutan kita jelas kena sensitif. Kita tuntut dasar afirmatif dalam harga makanan.


"Kita lawan isu harga barang, isu keselamaan makanan. Kita juga lawan isu sistemik, ahli politik yang rosak, birokrat yang rosak, kerana berlaku rasuah di merata tempat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER