Rakyat Selangor tidak tertarik undi PN - Dr Agus
- Suara Keadilan
- Jun 26, 2023
- 1 min read

Pengundi di Selangor dianggap tidak tertarik mengundi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata antara faktor lain yang menyebabkan pengundi di negeri itu enggan menggundi PN kerana melihat kemunduran di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Pengundi Selangor juga, tegasnya lebih mengutamakan pembangunan negeri dan menolak ekstremisme serta ketaksuban dalam berpolitik.
"Jika PN masih mengharapkan kepada gelombang hijau untuk menang, mereka perlu sedar bahawa ia telah surut.
"Pengundi Selangor sedar negeri mereka merupakan kubu terpenting Kerajaan Perpaduan yang perlu dipertahankan," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, rakyat di negeri Selangor mengakui Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sepanjang mentadbir negeri itu telah menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang.
"Mereka sedar pemimpin yang mempunyai rekod baik dan cemerlang mentadbir Selangor ialah Amiruddin, MB sekarang tiada korupsi, seleweng atau salah guna kuasa yang merugikan rakyat.
"Bagi pengundi Selangor, pesan saya satu, mari kita bersatu hati dalam PRN ini untuk memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan. Inilah kerajaan yang dapat membawa kestabilan dan kemakmuran kepada masa depan negara," ujarnya lagi.
Comentarios