top of page

Rakyat sedang memerhati KEADILAN, uji keupayaan kemudi negara



Oleh: Helmi Mohd Foad


Kongres Nasional KEADILAN 2023 menjadi satu perhimpunan penting yang menguji kesediaan anggota parti dalam mengemudikan negara, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).


Beliau berkata rakyat sedang memerhati seluruh pimpinan dan ahli parti kerana inilah kali pertama kongres diadakan selepas penubuhan Kerajaan Perpaduan.


"Ini kongres yang menguji kesediaan kita dalam memimpin negara kita, yang sedang ditonton oleh rakyat untuk melihat siapa yang memimpin parti yang memerintah negara.


"Maka harus kita datang dengan kesedaran tanggungjawab ini amat berat, gunakan peluang yang kita ada untuk bermesyuarah dan bertukar-tukar pandangan untuk perkukuh parti," kata Adam Adli Abd Halim ketika menggulung perbahasan pada Kongres Nasional KEADILAN 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini.


Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata kongres kali ini perlu menjadi wadah untuk anggota parti bermuhasabah terhadap perjalanan perjuangan reformasi selama ini.


"Bukan sahaja kita sebagai kerajaan tapi untuk rakyat yang meletakkan harapan tinggi terhadap kita, rakyat pernah meletak harapan tinggi kita menjadi pembangkang, sekarang mereka meletakkan harapan lebih tinggi sebagai kerajaan," katanya.


Dalam pada itu, jelas beliau bagi menggerakkan usaha melaksanakan idealisme parti, anak muda khususnya perlu menjayakan konsep Madani yang diperkenalkan oleh kerajaan.


Katanya pokok pangkal Madani adalah kemajuan yang bukan sekadar bersifat kebendaan malah disulam nilai akhlak dalam membangunkan peradaban.


"Andai sesebuah negara diikat dengan nilai ini sistem negara tidak akan dilihat kaku kerana ia mampu berubah mengikut nilai ehsan dan manusiawi dalam mencapai tatakelola dan urustadbir yang baik," katanya.


Jelas beliau tanggungjawab anggota parti kini sudah jauh berubah dan mereka perlu menerima realiti baharu bahawa sekarang adalah waktu untuk mengisi kemenangan.


"KEADILAN digerakkan oleh anggota yang punyai cita-cita dan idealismen yang tinggi, keberanian menghadapi cabaran. Anggota KEADILAN bernafas dalam keinginan untuk melihat tanah air yang merdeka, adil dan bermaruah, yang cukup untuk semua, membela hak golongan tertindas dan menghukum tirani yang menindas," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page