top of page

Rakyat sambut baik peluncuran Ekonomi MADANI


Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan "Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat" sebagai kerangka ekonomi baharu Malaysia bagi mengangkat semula darjat dan martabat negara.


Tinjauan Suara Keadilan di sekitar Pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara, tempat pelancaran Ekonomi MADANI hari ini mendapati rata-rata orang ramai menyambut baik usaha kerajaan, khususnya dalam aspek kebajikan rakyat.


Sharipuddin Muis (gambar atas), 56 pekerja penyelidikan berkata agenda ekonomi MADANI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri dilihat menyentuh kepada kekuatan ekonomi negara dan kebajikan rakyat yang lebih jelas.


"Pembentangan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pagi tadi memberi penjelasan dalam konsep MADANI. Jadi ia sudah tentu mengangkat suara rakyat Malaysia.


"Justeru, saya berharap konsep MADANI menekankan nilai insan iaitu kasih sayang kepada golongan rentan diangkat dan kesaksamaan ekonomi dapat dirasai oleh semua golongan," katanya.


Senada dengannya, Asyraf Shahar, 24, pekerja swasta turut bersetuju iltizam pimpinan Perdana Menteri dalam mengangkat isu kebajikan rakyat.

Asyraf Shahar

Namun, beliau yang juga berasal daripada Lembah Keramat, Kuala Lumpur mengakui aspek kepentingan politik juga perlu diberi fokus agar agenda yang dibawa oleh Kerajaan Madani lebih terjamin.


"Kepentingan politik sangat penting untuk diutamakan kerana tanpa kestabilan politik, pelan (rancangan) yang hendak dibawa sukar untuk dicapai.


"Jadi saya rasa kestabilan politik juga perlu diangkat sama," jelas Asyraf.


Sementara itu, Muhammad Harith Razlan Razali, 34 tahun berkata agenda ekonomi yang dibawa oleh blok kerajaan itu terutama dalam aspek meletakkan negara sebagai salah satu kuasa besar ekonomi global perlu disokong.

Muhammad Harith Razlan Razali

"Sebagai anak muda saya menyambut baik misi dan visi kerajaan dalam meletakkan pertumbuhan dan kedudukan ekonomi sebaris dengan negara maju.


"Tekad baik ini wajar disambut rakyat Malaysia dan juga pemimpin negara tanpa mengira perbezaan politik," katanya.


Dalam pada itu, Harith juga berharap wawasan Madani itu diangkat dan agenda tersebut dapat diteruskan kepada pimpinan generasi seterusnya.


"Jadi saya harap pemimpin seterusnya dapat menyambung misi dan visi supaya dasar ini tidak menjadi seperti dasar yang lain," ujarnya lagi.


Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Ekonomi MADANI bagi menetapkan hala tuju ekonomi negara.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tambun tersebut menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun.


Antaranya, meletakkan Malaysia di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia dan Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page