top of page

Rakyat Sabah mahu kerajaan stabil, bukan pemimpin lompat parti - Christina Liew

Updated: Jun 13, 2020


Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew menjadi pemimpin kerajaan negeri terbaru yang mengakui turut menerima tawaran daripada Perikatan Nasional (PN), dengan syarat keluar dari parti KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH).


Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah itu berkata, tawaran itu dibuat kepada semua pemimpin PH, namun Christina menganggap PN mempunyai tanggapan yang salah terhadap pemimpin PH.


"Berhenti ganggu kami. Kami tidak akan lompat sana sini, kami hanya mahu fokus kepada rakyat. Ada pihak yang cuba menyebarkan khabar angin bahawa Sabah tidak stabil, tetapi ia langsung tidak benar.


“Kerajaan Sabah sangat stabil, kami ada lebih 40 Yang Berhormat dan kami terus memberikan sokongan penuh kepada Ketua Menteri termasuk saya, DAP dan UPKO. Tidak timbul isu lain kerana kita ada perkara yang lebih penting untuk ditangani," katanya seperti dilaporkan oleh Daily Express.


Christina yang juga merupakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, kerajaan sedang memberikan tumpuan penuh kepada isu menangani COVID-19 dan ekonomi negeri.


"Covid -19 adalah isu yang perlu terus ditangani kerajaan, kita juga perlu tangani pasca-Covid -19, terutamanya isu ekonomi dan masalah pengangguran selama hampir empat bulan termasuk bidang pelancongan.


"Terlalu banyak perkara yang perlu ditangani. Jadi, saya tidak rasa sekarang ini adalah masa yang baik untuk bermain politik setiap hari. Kita mahukan negeri kembali membangun, dan kita perlukan kerajaan yang stabil.


"Banyak kedai dan hotel terpaksa ditutup, dan ia tak bagus untuk ekonomi. Orang nak cari duit tapi nak cari kerja pun susah. Sebab itu, ini bukan masanya untuk bermain politik, inilah masanya untuk kita bersatu padu dan bergerak ke hadapan, ini yang kita mahukan," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page