Majoriti rakyat Sabah khususnya penduduk di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk hampir pasti akan memilih calon KEADILAN, Mustapha Sakmud untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.
Walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mustapha kali ini dilihat mempunyai kelebihan besar berbanding calon-calon lain, kerana pengundi DUN Tempasuk sudah mengenali beliau.
"Walaupun kalah sebelum ini, saya teruskan aktiviti kemasyarakatan serta pelbagai program sebelum dan selepas penamaan calon, dan hasilnya adalah satu sambutan yang menggalakkan.
"Setiap pagi saya pergi ke rumah-rumah penduduk, di sebelah malam saya buat ceramah kelompok
"Saya menceritakan hasrat untuk menyelesaikan isu yang dihadapi suku kaum Bajau, malah kempen saya dikuatkan dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah di Tempasuk.
"Saya juga fokus kepada pengundi atas pagar, insya-Allah lah dapat breakthrough kerana sudah dikenali kalangan penduduk dan tidak pernah berhenti berkhidmat untuk masyarakat, saya sudah adakan program belia dan wanita serta semua komuniti di Tempasuk," katanya.
Pengundi Tempasuk juga dilihat cenderung memilih Mustapha jika dibandingkan dengan lima calon lain iaitu penyandang kerusi, Musbah Jamli (Bebas), Mohd Arsad Bistari (UMNO), Hamzah Sundang (USNO Baru), Abd Alif Saibeh (Parti Cinta Sabah) dan Kanul Gindol (Parti Gagasan).
"Saya akan lawan naib ketua pemuda UMNO, tapi dia tidak ada rekod berkhidmat dengan masyarakat, malah beliau adalah seorang kontraktor.
"Bekas Yang Berhormat (Musbah) yang menjadi calon Bebas ada masalah integriti. Sebelum ini dia menang dengan Barisan Nasional (BN), dia masuk Warisan dan kemudian menjadi antara 33 ADUN yang tandatangan akuan bersumpah dengan Musa Aman untuk menjadi ketua menteri kerajaan pintu belakang. Jadi dari segi kesetiaan dan integriti itu dipersoal.
"Malah, mereka berdua ini bersepupu tapi dari segi keluarga mereka berpecah.
"Calon USNO Baru adalah orang luar, calon Gagasan pun sudah isytihar sokong saya.
"Tapi macam mana pun, kita kekal fokus dengan pergerakan jentera dari rumah ke rumah dan berkempen secara 'personal touch'.
"Kita mahu tarik pengundi atas pagar dan pengundi sebelah sana. Ada ahli keluarga saya yang juga sokong sebelah sana, itu yang saya mahu minta tolong bantu saya peluang jadi ADUN dan lihat perbezaannya nanti," katanya.
Opmerkingen