top of page

'Rakyat perlu sertai perjuangan siasah, elak orang jahat kuasai politik'



Calon Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Silam, Mohamad Budi (gambar, kanan sekali) berkata, rakyat harus menyertai gerakan politik yang membela kebenaran agar politik tidak didominasi oleh orang orang jahat.


Beliau berkata demikian dalam temubual "Jangan Panas Bersama Sam" yang dimoderatorkan oleh Ketua Penerangan KEADILAN pusat, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, malam tadi.


Menurut Mohamad, kemasukan sejumlah rakyat Sabah ke dalam KEADILAN sejak kebelakangan ini diharap akan memberi impak yang besar dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 kelak.


"Dalam hal ini saya ingin memetik analogi ustaz Abdul Somad, katanya 'jika rakyat itu sendiri tidak masuk ke gelanggang politik maka orang yang tidak benar akan menguasai dan mentadbir negara kamu'


"Saya yakin rakyat Silam sudah terbuka kepekaan mereka. Mereka sudah tahu sejak merdeka dan lebih 60 tahun sampai hari ini keperitan, kemiskinan serta kekurang-upayaan insfrastruktur berlaku di Sabah.


"Sebab itu rakyat minat sertai KEADILAN kerana dalam parti ini kita memperjuangan nasib mereka baik di desa, dalam bandar, luar bandar dan parti ini juga pelbagai kaum serta diterima oleh semua kaum yang bermacam macam," katanya.


Selain itu, Mohamad yang juga Naib Ketua Cabang KEADILAN Silam turut menyentuh isu pengkhianatan kepimpinan KEADILAN Sabah sejak beberapa tahun lalu.


Namun katanya, peristiwa berkenaan tidak sedikit pun menjejaskan KEADILAN Silam dan malah telah menambah kesedaran rakyat tempatan untuk berubah.


"Saya melihat anggota KEADILAN mempunyai semangat dan harapan begitu besar kepada kepimpinan MPN dan barisan pemimpin kita, terutama Datuk Seri Anwar supaya terus melangkah maju membina Malaysia baru yang disegani oleh kawan atau lawan


"Di peringkat cabang semua anggota KEADILAN selepas pengkhianatan ini kita tetap bersemangat walau dilanda pelbagai isu global seperti pandemik Covid 19, kita tetap mempunyai gerakan tertentu dalam KEADILAN khasnya di cabang Silam," katanya.


Ditanya mengenai debat Anwar - Najib minggu lalu yang menyentuh pelbagai isu, Mohamad berkata debat itu lebih membuka mata rakyat terhadap kepimpinan mana yang mendahulukan rakyat berbanding kelompok kroni yang telah sedia kaya.


"Saya melihat idea yang dibangkitkan Najib Razak berkenaan kek ekonomi tidak boleh diterima rakyat bawah. Kerana konsep kek itu sendiri menggambarkan hanya kepada golongan elit (mendapat kelebihan), dapat merasai.


"Pemimpin negara harus melihat rakyat jauh ke hadapan. Langkah yang drastik harus cepat diambil memulihkan ekonomi terutama rakyat miskin. Bagi saya orang muda terutamanya sudah matang dengan senario politik hari ini (dan tidak terpengaruh dengan konsep kek ekonomi," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page