'Rakyat perlu nyatakan bantahan jika seminggu harga barang tidak turun'



Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) yang mewakili 100 NGO hari ini mendesak kerajaan BN agar mengawal segera harga barang keperluan di pasaran.


Pengerusi GBMRM, Mustapha Mansor Amer Mohd Isa (gambar, sedang bercakap) berkata, alasan harga sayur sayuran naik sebagaimana dinyatakan oleh Timbalan Menteri baru baru ini tidak diyakini rakyat kerana beliau menyalahkan faktor hujan.


"Ada alasan dari Timbalan Menteri, dia kata akibat dari hujan, musim hujan. Kita patut tanya di waktu Pakatan Harapan (PH) perintah dulu tak ada hujankah?


"Kalau tak ada hujan, boleh la guna alasan hujan," katanya sinis dalam sidang media NGO berkenaan di Kuala Lumpur, hari ini.


Menurut Mustapha lagi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) didapati tidak serius melaksanakan tanggungjawab sebagaimana pada era pemerintahan PH yang menyaksikan harga barang lebih murah dan terkawal.



"Saya imbau ketika YB Saifudin Nasution (jadi Menteri), dia gunakan seluruh kekuatan jentera kementerian untuk memastikan barangan utama tidak mudah dinaikkan.


"Kita dapat menikmati harga ayam RM5 - RM6 sekilo. Sekarang sudah RM10, mungkin ada tempat lebih lagi. Telur pun sama. Minyak masak 5kg RM35. Dari harga belasan ringgit jadi RM35. Ini tidak masuk akal.


"Sebab itu saya menyeru rakyat yang juga pengguna di seluruh Malaysia, jangan tempatkan diri anda dalam parti A atau parti B. Kita terkesan secara langsung dengan kenaikan barang ini.


"Oleh itu, kalau dalam seminggu barang tak turun, kita menyeru supaya seluruh rakyat buat bantahan. Kalau kerajaan tak mampu turun harga, rakyat mesti secara kolektif bertindak memastikan harga diturunkan. Tak ada jalan lain," katanya.

Razak Ismail

Dalam sidang media sama, Setiausaha Otai Reformis 1998, Razak Ismail berkata, kerajaan BN kini seolah-olah telah hilang kawalan dalam isu harga barang.


Malah menurutnya kos untuk mengerjakan haji pun telah meningkat mendadak.


"Terkini kita dengar nak mengerjakan haji dan umrah juga sampai RM30,000. Bayangkan. Ini pencapaian 100 hari Perdana Menteri Ismail Sabri. Kita ucapkan terima kasih.


"Macam kerajaan tak ada kawalan (ketika ini), tak tau apa benda," katanya.


Oleh itu, beliau mencadangkan agar rakyat melakukan flashmob membantah kenaikan harga barang.


Bagi NGO Otai, kata Razak, mereka akan menganjurkan flashmob untuk menyedarkan kerajaan akan tanggungjawab mereka.


"Kerajaan yang stabil adalah yang boleh mengawal harga barang kerana rakyat waktu ini terkesan, menganggur dan sebagainya. Jadi kita NGO, Otai dan juga GBMRM ini akan terus lipat ganda tekanan, mengerakkan dan menyatakan bantahan mengenai barang naik.


"Dua tiga hari lepas kita nampak rakan Amanah mulakan flashmob di beberapa lokasi. Kita akan juga mula menggerakkan NGO lain agar kerajaan melihat keluhan rakyat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER