'Rakyat perlu diyakinkan kita mahu menang untuk selesaikan masalah mereka' - Nurul



Naratif perjuangan KEADILAN ketika di pucak populariti amat difahami rakyat dan mereka memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH) yang bertekad mahu menyelesaikan masalah negara.


Cuma keadaan berubah dalam 3 tahun terakhir apabila naratif tersebut tidak lagi diyakini rakyat, menyebabkan KEADILAN tewas dalam 3 siri Pilihan Raya Negeri (PRN)


Bagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, naratif awal perjuangan KEADILAN wajar diyakinkan sekali lagi kepada rakyat, bahawa perjuangan KEADILAN masih sama biar pun selepas hilang kuasa pada 2020.


Biar pun, katanya, isu isu yang dibawakan selepas 2020 lebih kepada ingin mendapakan kembali kuasa.


"Kita nak menang supaya kita boleh bantu menyelesaikan masalah sosial, ekonomi rakyat.


"Saya sempat dalam jawatankuasa TVET (ketika pentadbiran kerajaan PH), saya buat (sertai) secara pro bono (percuma). Kita lihat anak anak muda, betapa pentingnya graduan TVET untuk teruskan masa depan mereka melalui mobiliti sosial.


"Saya juga ada peluang laksanakan kajian kemiskinan pelbagai dimensi di Permatang Pauh (selepas kerajaan tumbang) dipandu oleh Prof Dr Fatimah Kari.


"Kita dapat buat kajian paras kemiskinan pasca Covid 19 dan sekarang diangkat oleh Unit Perancang Ekonomi (sebagai strategi pembasmian kemiskinan negara).


"Kita jangan sempitkan dunia kepada pemilihan parti (terarah kepada perebutan jawatan parti). Pemilihan ini wadah (untuk memimpin parti menuju pilihan raya umum). Juga jangan lupa pengorbanan pemimpin, kerja keras presiden. Kita perlu kembali kepada kompas moral," katanya dalam forum Terus Terang: Bersama Rafizi dan Nurul Izzah, malam tadi.


Dalam forum itu, Nurul turut mengimbau pengalamannya semasa berkempen di PRN Melaka yang mana beliau meninjau kedukaan rakyat yang kurang mendapat pembelaan ahli politik.


Malah katanya, beliau menemui pemilik kedai yang berkata 'kalau mereka beri undi kepada PH apakah akan menyelesaikan masalah?'


Oleh itu, bagi Nurul, rakyat perlu difahamkan beberapa polisi yang dilakukan kerajaan BN ketika ini sebenarnya diceduk daripada tawaran PH.


Tanpa usaha PH sebagai pembangkang yang kuat maka idea idea populis seperti gaji minima atau pengeluaran one off KWSP tidak akan menjadi dasar kerajaan.


"Kalau tidak ada pembangkang, mereka tidak akan laksana dasar populis seperti keluarkan wang KWSP," katanya.


Namun hal yang paling perlu rakyat faham, jelas Nurul, ialah tanpa skandal 1MDB maka keupayaan negara untuk memberi subsidi gaji terutama kepada golongan B40 boleh dilakukan dengan mudah dan pencarum tidak perlu keluarkan simpanan KWSP.


Hal itu, tegasnya, adalah sebab mengapa PH masih relevan untuk diangkat sebagai kerajaan dalam pilihan raya seterusnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER