top of page

Rakyat perlu beri perhatian utama isu keselamatan siber - Fahmi



Anti-scam atas talian merupakan perjuangan utama Pakatan Harapan sebelum membentuk kerajaan. Hari ini Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengadakan kempen khusus mendidik rakyat cara cara untuk terhindar daripada menjadi mangsa scammers.


Menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, rakyat perlu melihat isu keselamatan siber sebagai isu kritikal yang wajar diberi perhatian.


Berucap pada Perasmian Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 peringkat Sarawak di Kuching pada Sabtu, Fahmi menegaskan pengguna internet perlu selalu berwaspada dan melengkapkan diri dengan pengetahuan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

"Isu keselamatan siber menjadi tanggungjawab yang perlu dipikul bersama oleh kerajaan, pertubuhan swasta dan industri, persatuan dan badan bukan kerajaan termasuk pengguna sendiri," katanya dipetik pada jelajah dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg


Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kementerian menerusi agensi-agensi seperti CyberSecurity Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan sentiasa giat melaksanakan pelbagai pendekatan bagi menangani ancaman dan jenayah siber.


Bagi tujuan itu juga, kementerian juga telah menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang membolehkan mangsa terus membuat laporan menerusi talian 997.


"Jika anda menjadi mangsa jenayah siber, tampil ke hadapan dan buat laporan kerana melalui laporan itu ia akan membantu pihak berkuasa menganalisis trend jenayah dan merangka program untuk langkah pencegahan selanjutnya," tambahnya.


Jelajah berkenaan bermula sejak 18 Februari lalu di Selangor dan Kuala Lumpur, sebelum ke Perlis dan dijangka turut diadakan di Kelantan, Sabah dan Johor sebelum berakhir di Putrajaya.


Ia adalah usaha kementerian memberi pendidikan dan kesedaran kepada pengguna mengenai kaedah mengenali panggilan 'scam,' tatacara serta modus operandi penipuan terkini bagi menghindari diri daripada menjadi mangsa 'scam' atau ancaman siber yang lain.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page