top of page

Rakyat Palestin tebus maruah, solidariti bersama pejuang kemerdekaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 9, 2023
  • 1 min read


Konflik Palestin - Israel terbaharu tidak akan berlaku sekiranya sikap rejim Zionis lebih terbuka ke arah negosiasi dan tidak terus menerus menjajah bumi Palestin.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, rakyat Palestin yang dijajah berhak untuk menutut kebebasan dan kemerdekaan. Maka hal itu yang berlaku apabila perjuang bersenjata Hamas melakukan serangan mengejut ke atas tentera Israel, Sabtu lalu.


Katanya, hal menyokong perjuangan kemerdekaan Palestin telah beliau utarakan kepada delegasi sebuah pertubuhan kebudayaan Palestin yang melawat Parlimen Malaysia untuk bertemu Ahli ahli Parlimen dari blok kerajaan sebulan lalu.

Hassan Abdul Karim

"Ketika itu, tidak ramai Ahli Parlimen yang hadir kecuali beberapa Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat yang masih berminat, menyokong dan bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin.


"Dalam perjumpaan itu saya sempat berucap, lalu saya sebut satu perkara sahaja.


"Saya tegaskan satu perkara yang penting dalam perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin dari penjajahan Zionis Israel.


"Saya katakan bahawa rakyat Palestin jangan sama sekali tinggalkan perjuangan bersenjata," katanya dalam kenyataan.


Bagi Hassan, situasi yang berlaku pada Sabtu lalu adalah tindak balas rakyat Palestin di Gaza yang telah ditindas dan dizalimi oleh rejim Israel sejak puluhan tahun lalu.


Jelasnya, rakyat Palestin melalui terobosan bersenjata Hamas telah mengukuhkan tuntutan kemerdekaan dengan aksi serangan tersebut.


"Pada awal pagi Sabtu, selepas Subuh 7 Oktober 2023, rakyat Palestin bangkit kembali.


"Para pejuang Palestin telah berjaya menebus maruah mereka," katanya lagi.


Konflik terbaharu berikutan serangan Hamas mara 20 kilometer dari sepadan Gaza ke wilayah Israel sehingga kini telah memakan korban lebih daripada 500 orang awam dan tentera Israel.


Di pihak Palestin pula dilaporkan lebih 300 orang terbunuh apabila Israel melancarkan sekitar 400 serangan udara ke wilayah Gaza semalam, pada hari kedua konflik.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page