top of page

Rakyat muak sandiwara pemimpin PN, tuntut politik nilai menuju PRU 15 - GRM


Pergolakan politik yang menyaksikan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin hilang sokongan majoriti tetapi masih kekal bergayut di tampuk kuasa menyebabkan rakyat muak dengan sandiwara pemimpin Perikatan Nasional (PN).


Koordinator Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Mustaffa Kamil Ayub berkata, budaya politik lama di sekeliling 'pemain' sedia ada tidak akan mampu menyelesaikan sebarang kemelut.


Sehubungan itu, beliau menyeru diwujudkan budaya politik baharu berasaskan nilai menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 agar Malaysia boleh diselamatkan oleh pemain yang lebih berwibawa dalam politik negara.


"Rakyat di akar umbi dan pelbagai peringkat amat resah dengan keadaan kemelut politik yang ada hingga membawa kepada kemelut ekonomi, sosial, keselamatan dan kesihatan. Ia juga membawa kepada sejumlah rakyat menjadi muak dengan persepsi sandiwara politik yang berlaku.


"Sesungguhnya Malaysia memerlukan politik nilai menjelang PRU 15, yang menekankan kepentingan rakyat, anti rasuah, bebas daripada politik wang, pemimpin tabah-sabar-istiqamah, kepemimpinan berhikmah, berwawasan, tidak lompat parti, tidak sombong serta mesra rakyat.


"GRM berkeyakinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukannya yang amat komited dengan politik nilai mampu membawa Malaysia keluar daripada kemelut semasa kini," kata Mustaffa dalam satu kenyataan.


Presiden Pertubuhan Rapat Rakyat itu juga menggesa agar reformis memperkuat gerakan rakyat sepanjang tempoh pandemik Covid 19 yang amat mencabar ini.


"Marilah kita bersama terus mendoakan keselamatan, keamanan dan kemakmuran buat negara dan rakyat Malaysia, serta diselamatkan daripada pandemik Covid-19.


"GRM juga meminta para reformis menjunjung tinggi institusi Raja Berperlembagaan serta menghayati semangat "Reformis berjuang, berkhidmat dan berjasa," katanya lagi.


GRM dianggotai oleh 10 pertubuhan yang memperjuangkan agenda Reformasi sejak dia dekad lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page