
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung menasihatkan pemimpin Perikatan Nasional (PN) agar menumpukkan tugas mereka sebagai pembangkang.
Menurut beliau PN perlu berhenti bermimpi untuk menjatuhkan kerajaan sebaliknya menjalankan amanah melalukan proses semak dan imbang di parlimen, termasuk mengemukakan dasar dan kritikan yang konstruktif dalam usaha memulihkan negara.
"Memang tidak salah pun jika PN ingin menjadi kerajaan, itu memang cita-cita setiap pembangkang tetapi kalau fikir tentang itu setiap hari tanpa ada apa-apa tawaran lain atau membuat kerja, ia akan mengecewakan rakyat.
"Ini juga akan menghampakan kerajaan untuk membina satu insitutsi semak dan imbang yang lebih sihat," katanya dipetik.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat masih belum dapat menerima kenyataan bahawa Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15) sudah berakhir dan PN gagal menjadi kerajaan.
Presiden Pas itu kelamrin dilapor media berkata PN sedang berusaha untuk 'menjatuhkan' Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk melalui undi tidak percaya atau mendapatkan Surat Akuan Berkanun (SD).
Kata Ahli Parlimen Marang itu lagi tiada mana-mana pihak boleh menghalang hasrat PN untuk menumbangkan kerajaan.
Kenyataan itu dilihat bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Feb lalu ketika merasmikan pembukaan penggal Parlimen Ke-15.
Dalam titahnya Baginda menzahirkan harapan supaya pentadbiran Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terakhir sebelum baginda menamatkan tugas dan kembali ke Pahang, pada 30 Januari tahun depan.
Baginda turut menitahkan agar kestabilan politik dapat dibentuk bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang menjamin kesejahteraan rakyat dapat dicapai.
Comments