top of page

Rakyat muak dengan kerajaan yang hanya pentingkan diri


Situasi politik semasa yang masih lagi bergolak walaupun berada di tengah-tengah pandemik COVID-19 membuatkan rakyat semakin muak dengan sikap kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menunjukkan kepimpinan yang tegas dengan satu kenyataan yang jelas dan tanpa ragu-ragu bahawa tidak akan ada rombakan Kabinet.


"Ini akan membenarkan kerajaan untuk memfokus kepada krisis kesihatan Covid-19 dengan menghapuskan obsesi politik terkini tentang rombakan Kabinet," katanya dalam kenyataan.


Guan Eng juga menyifatkan peningkatan kes COVID-19 ketika ini merupakan simbol kegagalan kerajaan PN.


"Rekod 871 kes jangkitan Covid-19 yang merupakan angka tertinggi ialah satu peringatan yang memalukan tentang kegagalan kerajaan Persekutuan untuk menyokong Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani pandemik ini.


"Kabinet, Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri perlu menanggung tanggungjawab yang paling besar dalam perkara ini. Kabinet telah gagal untuk melaksanakan peraturan kuarantin dan protokol keselamatan Covid-19 ke atas mereka yang pulang dari Sabah selepas PRN Sabah.


"Menteri Dalam Negeri gagal untuk mengawal dengan pantas perebakan wabak di penjara yang sudahpun sesak dan ketaksuban Perdana Menteri dengan permainan kuasa politik demi mengekalkan kuasa kerajaan yang nyawa-nyawa ikan dan rela mengorbankan kepentingan rakyat," katanya.


Pada masa sama, Guan Eng menganggap kerajaan PN enggan mengaku salah di atas peningkatan kes COVID-19 yang berpunca daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


"PRN Sabah adalah sesuatu yang tidak perlu tetapi telah disebabkan oleh percubaan rampasan kuasa yang didalangi Perdana Menteri dan bekas Ketua Menteri UMNO Sabah untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sabah ketika itu iaitu Datuk Seri Shafie Apdal.


"Namun, mereka yang bertanggungjawab enggan mengaku salah malah cuba untuk menyalahkan DAP pula. Kemunafikan ini samalah seperti Menteri Khairuddin yang menasihati orang awam untuk mematuhi peraturan kuarantin dan Covid-19," katanya.


Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan beranggapan sikap 'double standard' membuatkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan PN.


"Tidak seperti rakyat Malaysia biasa, Khairuddin diberi layanan istimewa dan tidak didakwa di mahkamah kerana gagal mematuhi kuarantin 14 hari di rumah. Kepada PN dan BN serta Khairuddin yang terus menyalahkan DAP atas kegagalan mereka, sila lihat cermin dan muhasabah diri.


"Rakyat sudah muak dengan kerajaan ini yang hanya menjaga kepentingan mereka sendiri.


"Rakyat Malaysia bergantung pada diri mereka sendiri untuk mengatasi wabak COVID-19 ini dengan wira-wira barisan hadapan. Bersama kita akan berjaya mengharunginya," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page