top of page

Rakyat minta moratorium pinjaman bank, yang dapat pinjaman Ah Long?


Tindakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membenarkan perkhidmatan pinjaman wang berlesen beroperasi serta merta yang dijenamakan semula sebagai 'kredit komuniti' ketika peminjam memohon kerajaan melaksanakan moratorium pinjaman bank, amat mengguris hati rakyat.


Ketua Wanita KEADILAN Perak, Junaida Jamaludin kesal dengan sikap Menteri KPKT, Datuk Zuraida Kamaruddin yang tidak sensitif terhadap penderitaan rakyat, kerana kebenaran dari KPKT itu seolah-olah menawarkan mereka pinjaman Ah Long pada waktu kesempitan hidup.


"Pinjam wang dari golongan ini (ah long) ibarat menabur garam pada luka.


"Menteri KPKT Datuk Zuraida dilihat tidak sensitif terhadap isu beban kewangan rakyat pada waktu pandemik. Rakyat tiada pendapatan. Dalam masa sama terbeban dengan hutang bank. Tiba-tiba kementerian beliau menganjurkan rakyat meminjam dari Ah Long dengan arahan membuka sektor ini secara serta merta.


"Sebagai seorang Menteri, tindakan ini benar-benar menghina rakyat. Apa yang rakyat perlukan adalah moratorium bank serta sara hidup sepanjang tempoh pandemik sekurang-kurangnya setahun. Lain yang dicita, lain pula yang diberi," katanya dalam kenyataan hari ini.


Junaida yang juga Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat itu berkata, kesempitan hidup rakyat sudah tidak dapat digambarkan lagi sehingga ada yang sanggup membunuh diri mengakhiri penderitaan hidup.


Oleh itu beliau menegaskan, sekiranya menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) malas untuk mengambil tahu nasib golongan bawahan maka adalah lebih baik mereka meletakkan jawatan.


"Nampaknya kejadian bunuh diri di kalangan rakyat hampir setiap hari ini tidak sedikitpun menjentik hati kerajaan PN.


"Ternyata kerajaan PN gagal segagalnya dalam apa jua tindak tanduk dan keputusan.


"Tidak ada perkataan lain yang dapat diberikan, hanyalah... Sila Berundur. Cukuplah, jangan ditambah derita rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page