top of page

Rakyat Malaysia bakal berpeluang dengar syarahan cucu Mahatma Ghandi

  • Writer: Noraini Nordin
    Noraini Nordin
  • 1 day ago
  • 1 min read
PM Anwar berkesempatan mengadakan perbualan telefon dengan sahabat lama, Rajmohan Gandhi
PM Anwar berkesempatan mengadakan perbualan telefon dengan sahabat lama, Rajmohan Gandhi

ULASAN BERITA: Rakyat Malaysia akan berpeluang mendengar syarahan secara langsung daripada cucu pejuang kemerdekaan India, Mahatma Ghandi pada suku pertama tahun depan.


Ia berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan perbualan telefon dengan Rajmohan Gandhi, seorang sejarawan terkenal India dan merupakan sahabat lamanya.


Dalam perbualan itu, Anwar telah menjemput Rajmohan untuk datang ke Malaysia pada suku pertama tahun hadapan bagi menyampaikan syarahan dan berkongsi pandangan mengenai demokrasi, keamanan, keharmonian serta kepimpinan berteraskan nilai.


Katanya, tokoh sejarawan India itu akan menyampaikan syarahannya bersama para ilmuan, mahasiswa dan pemimpin masyarakat.


Menurut Anwar lagi, dalam perbualannya dengan Rajmohan, mereka mengimbau kembali pertemuan dalam persidangan mengenai demokrasi di Asia yang beliau anjurkan di Mumbai pada 2012 lalu.


"Di samping itu, kami juga selalu bertukar pandangan terkait usaha memperkukuh hubungan sejarah dan ketamadunan Malaysia-India melalui kerjasama akademik, intelektual serta dialog antara tamadun," katanya.


Perdana Menteri seterusnya berharap hubungan persahabatan yang telah lama terjalin antara beliau dengan Rajmoham terus diperkukuhkan

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page