top of page

Rakyat makin matang, politik sentimen tidak lagi berkesan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 16
  • 1 min read

Pengundi khususnya golongan muda kini semakin matang dan bijak dalam menilai sesuatu isu terutama membabitkan politik.


Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Muhammad Izuan Ahmad Kasim (gambar) berkata, golongan itu kini lebih cenderung menyokong sesebuah parti politik berdasarkan penilaian fakta, data, dan prestasi berbanding terpengaruh dengan sentimen politik semata-mata.


Jelasnya, sentimen politik yang menjadi senjata utama parti politik tertentu mampu memberi kesan dalam jangka masa tertentu, namun tidak boleh dijadikan sandaran untuk meraih sokongan rakyat secara berterusan.


"Saya tidak mengatakan rakyat tidak lagi terpengaruh dengan sentimen politik tetapi pengaruh itu tidak boleh bertahan lama jika tidak disokong dengan fakta.


"Anak muda hari ini membaca, menilai data dan melihat sendiri apa yang berlaku di sekeliling mereka," katanya dipetik.


Beliau ditemui pemberita selepas hadir ke sesi taklimat bersama anggota parti itu di Kangar, Perlis pada Isnin.

Muhammad Izuan sementara itu mengakui cabaran terbesar parti politik ketika ini ialah menyampaikan fakta dengan cara yang mudah difahami rakyat.


Memberi contoh bagaimana kerajaan sebelum ini berdepan kritikan ketika melaksanakan beberapa dasar baharu termasuk subsidi bersasar, penerangan yang konsisten jelasnya telah membantu rakyat memahami rasional di sebalik keputusan tersebut.


"Media sosial memainkan peranan penting dalam landskap politik semasa, namun ia bukan satu-satunya medium untuk mendekati pengundi.


"Hubungan secara langsung dengan rakyat menerusi gerak kerja lapangan masih menjadi elemen paling penting dalam membina keyakinan pengundi," kata ADUN Kota Damansara itu.

1 Comment


rotie brown
rotie brown
Jul 02

It's encouraging to see more young voters making decisions based on facts, data, and real-world performance rather than relying only on political narratives. Having access to information allows people to form more balanced opinions and participate more thoughtfully in the democratic process. After catching up on current affairs, I sometimes relax with Crossy Road, the arcade game where players guide quirky characters through busy roads and obstacles—it’s a nice way to unwind while keeping an active mind.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page