top of page

Rakyat keliru Wan Saiful tuduh Anwar 'pendendam' - Chean Chung



Kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang 'pendendam tua' kerana menyebabkan beberapa pemimpin Bersatu didakwa di mahkamah atas tuduhan penyelewengan amat mengelirukan.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung, lebih mengelirukan apabila tiada sebarang unsur permusuhan di antara Anwar dan Mahiaddin Yassin atau Wan Saiful sebelum ini yang boleh dikaitkan dengan dendam.


Begitu juga tuduhan Wan Saiful, Anwar cuba menghancurkan semak imbang di Malaysia dengan memenjarakan musuh politik juga kabur kerana kerajaan sedang dalam perjalanan untuk meluluskan beberapa akta yang mengutamakan semak imbang.


"Saya menyanggah serangan Wan Saiful yang tidak berasas, bersifat peribadi, dan hanya untuk meraih simpati.


"Saya pelik kenyataan sama tidak digunakan kepada bekas ‘boss’ beliau Tun Mahathir Muhamad yang jauh lebih tua, lebih opportunis dan lebih kuku besi, sebaliknya ayat-ayat emosi ini dilontarkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya selepas beliau didakwa dengan 2 pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta tahun lalu.


"Jelas kenyataan sasaran utama kerajaan kini adalah untuk melumpuhkan PN agar tiada semak dan imbang juga tidak tepat sama sekali.


"Ini kerana pelbagai usaha seperti memperkasakan Dewan Rakyat, mengharamkan perolehan tanpa tender, rancangan membentangkan Akta Perolehan Kerajaan, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan Akta Pendaaan Politik yang bakal digubal bertujuan untuk memberikan semak dan imbang kepada kerajaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Namun masalah yang lebih besar, kata Chean Chung, adalah tidak berminatnya PN untuk menjadi pembangkang yang berkualiti dan membina.


Biar pun mereka telah dilantik rakyat dalam pilihanraya lalu, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya itu, hujah pembangkang ketika berbahas hanya semberono sehingga tiada maknanya sama mereka berkhidmat sebagai pembangkang atau didakwa dan menerima hukuman.


"Mereka sering kali mengulangi kenyataan yang mengelirukan dan kemudian meminta maaf dalam dewan. Mereka memburukkan kerajaan tanpa merujuk kepada buku belanjawan.


"Kehadiran mereka juga kurang memberangsangkan walalupun Perdana Menteri sendiri berada dalam parlimen untuk menjawab soalan ahli-ahli dewan. Mereka turut gagal membentangkan belanjawan alternatif untuk menunjukkan PN adalah blok yang mampu menawarkan alternatif dasar kepada rakyat.


"Maka kenyataan Wan Saiful bahawa akan hilangnya semak dan imbang juga mengarut, kerana PN selama ini tidak memainkan peranan tersebut sebagai pembangkang yang membina dan efektif," katanya.


Sehubungan itu, Chean Chung menasihatkan agar pemimpin Bersatu tidak lagi menggunakan alasan menyekat semak dan imbang jika ada lagi yang didakwa rasuah, terutama Ketua Penerangan Bersatu selepas ini, setelah Wan Saiful meletakkan jawatan daripada posisi tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page