top of page

Rakyat Kelantan, Terengganu bosan politik agama, perkauman



Terdapat arus perubahan di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang memperlihatkan rakyat mula bosan menanggapi politik agama dan kaum.


Hal itu dinyatakan oleh pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan dan Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Majlis Pengumuman Calon KEADILAN di Shah Alam, malam tadi.


"Saya yakin hari ini semakin ramai rakyat Kelantan dan Terengganu mahu sesuatu yang baru di negeri mereka


"Mereka telah puas dengan politik yang memainkan sentimen agama dan kaum ketika mana perkara asas yang ada di kedua dua buah negeri ini tidak selesai.


"Tugas ini besar dan kita perlukan masa. Kita percaya dalam PRN kali ini hasil pimpinan Anwar dan Kerajaan Perpaduan, PH dan BN, yang membawa panji Kerajaan Perpaduan di kedua dua buah negeri, kita akan menunjukkan prestasi baik di Kelantan dan Terengganu," katanya.


Kepada pemimpin atau anggota parti yang menganggap Kelantan dan Terengganu kerusi mustahil menang, Nik Nazmi mengingatkan mereka, sebelum 2008 Selangor juga kawasan yang mustahil menang bagi KEADILAN.


Oleh itu, beliau mahu pimpinan dan anggota tidak mengundurkan diri apabila dikerah berkempen di kedua dua negeri terbabit.


"Kita harap kita ada ramai pimpinan (untuk kempen). Jangan sekali kali kita give up kepada Kelantan dan Terengganu.


"Jangan rasa Kelantan, Terengganu ini penting waktu pemilihan parti sahaja.


"Kita nak ubah Kelantan dan Terengagnu, mampu menjadi tiang seri kepada Pakatan Harapan," katanya.


Sebelum itu, beliau memberi mukadimah mengenai keberhasilan KEADILAN di kerusi kedua buah negeri tersebut yang mempunyai sejarah panjang sejak pilihanraya pertama disertai parti pada 1999.


"Pada Pilihan Raya Umum 1999. Baru 7 bulan (parti ditubuhkan) waktu itu ketika gelombang reformasi, kita menang. Kita menang satu kerusi di Terengganu dan 3 di Kelantan.


"Sehingga 2018, kita ada wakil rakyat di Kelantan dan Terengganu," katanya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page