top of page

Rakyat Johor tolak politik perdaya rakyat guna isu 3R



Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyifatkan kemenangan dua calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecik (PRK) di Johor Sabtu lalu sebagai satu petanda positif .


Fahmi yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Lembah Pantai 2023 berkata, keputusan itu bukan sahaja mematikan 'gelombang hijau' itu daripada menular ke Johor malah telah membuktikan rakyat di negeri itu menolak politik yang memperguna isu berkaitan 3R (agama, raja dan kaum).


"Syukurlah, rakyat Johor menolak politik 3R kerana kita dengar pelbagai perkara dan fitnah yang dilontar serta diucapkan oleh pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan rata-rata rakyat Johor menolak politik seperti itu.


"Kita jangka selepas ini Kerajaan Perpaduan akan bertambah kukuh kerana ada beberapa perkara lagi kita sedang usahakan bagi memastikan fitnah seumpama ini tidak lagi berleluasa.


"Bila Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menyatakan hasrat untuk melawan fitnah habis-habisan, ia bermula di sini. Jadi nasihat saya kepada PN, jadilah pembangkang yang baik," katanya dipetik.


Sementara itu tambah Fahmi, walaupun PN cuba memainkan pelbagai isu yang dibawa oleh PN untuk memenangi hati pengundi, namun hakikatnya rakyat menolak pihak yang menghina Institusi Raja-Raja Melayu, mengadu domba dengan bermain politik perkauman yang sangat sempit.


"Ada yang kata sekarang ini Melayu terancam, tetapi yang berada dalam kerajaan malah dalam KEADILAN pun, hampir 80 peratus (jawatan dipegang) Melayu.


"Ada yang kata orang Melayu di Johor tolak Kerajaan Perpaduan, saya sudah teliti ia tidak benar. Kalau tak, masakan Simpang Jeram boleh menang dengan majoriti lebih besar berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page