top of page

Rakyat jangan keliru isu pelantikan Ketua Hakim — Wanita KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 15
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Wanita KEADILAN menggesa rakyat tidak terkeliru dengan persepsi yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak dalam sebarang keputusan untuk melantik Ketua Hakim Negara.


Menerusi satu kenyataan Wanita KEADILAN menegaskan, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Ketua Hakim Negara adalah kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


Sementara Perdana Menteri hanya boleh memberi nasihat mengenai pelantikan itu berdasarkan pandangan Majlis Raja-Raja dan syor Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

"Oleh itu, adalah tidak tepat untuk mengatakan Perdana Menteri boleh membuat keputusan secara bersendirian atau bertindak sewenang-wenangnya dalam pelantikan jawatan sepenting ini," kata Exconya Rosmawaty Muhamad Ros (gambar).


Menerusi kenyataan sama beliau menegaskan komitmen KEADILAN untuk mempertahankan prinsip pemisahan kuasa dan kedaulatan undang-undang sebagai tunjang utama demokrasi berperlembagaan.


Beliau memberi amaran bahawa sebarang cubaan untuk menggambarkan seolah-olah wujud campur tangan eksekutif dalam institusi kehakiman merupakan tohmahan yang tidak bertanggungjawab serta boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap integriti sistem perundangan negara.


Sehubungan itu semua pihak diseru agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan berkaitan institusi kehakiman, serta tidak mempolitikkan pelantikan jawatan tertinggi kehakiman demi kepentingan sempit atau mencipta persepsi yang tidak berasas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page