top of page

Rakyat hanya mahu kerajaan baharu, bukan Majlis Pemulihan Negara


Idea menubuhkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang berasal daripada Mageran sama sekali tidak diperlukan oleh rakyat.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulai, Faezuddin Puad, rakyat juga tidak nampak dengan mengekalkan kerajaan gagal Perikatan Nasional (PN) dan ditambah Tun Mahathir yang gagal menjadi Perdana Menteri sepanjang 22 bulan, negara akan berjaya keluar dari pandemik Covid 19.


"Jika dilihat point nombor 12 dalam tulisan Mahathir (berkenaan MPN yang tidak akan menggantikan kerajaan) adakah idea penubuhan semula Mageran bertujuan untuk mengekalkan kerajaan PN? Mahathir jaga PN daripada luar? Wallahualam.


"Namun ramai orang perasan setiap kali Anwar dapat panggilan menghadap daripada Istana atau buat sesuatu yang menggugat kerajaan PN, pasti Mahathir akan cuba lakukan sesuatu. Sebelum ni, buat sidang media dengan Tengku Razaleigh tawarkan suatu perubahan. Sekarang tawar diri jadi Pengerusi Mageran pula.


"Bukannya Mahathir tak tahu rakyat ingin satu sahaja penyelesaian iaitu sebuah kerajaan baharu yang berkeupayaan pulihkan semula negara ini," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Faezuddin, Mahathir seolah-olah gila kuasa atau cuba sedaya upaya menghindari saingannya Datuk Seri Anwar Ibrahim berperanan membawa negara keluar daripada krisis.


Malangnya, kata beliau, rakyat tidak akan bersetuju negara ini sekali lagi diletakkan dalam situasi darurat untuk 6 bulan tanpa strategi serius untuk keluar daripada pendemik


"Rakyat tak nak darurat dalam darurat. Rakyat tolak kekalkan kerajaan sedia ada yang jelas gagal. Rakyat tolak Mahathir sebagai PM 9 atau Pengerusi Mageran. Noktah.


"Bagi Tun pula, peluang telah diberikan kepadanya pada PRU14 untuk bawa agenda perubahan. Tapi apa yang Mahathir telah lakukan? Letak jawatan sebagai PM, kemudian minta kembali menjadi PM? Akhirnya Anwar juga dituduh gila kuasa.


"Maka berehatlah, Malaysia tidak perlukan Mahathir," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page