top of page

Rakyat gesa Jualan Rahmah dilakukan setiap minggu



Program Jualan Rahmah yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan dilaksana secara berterusan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri KPDN Senator Fuziah Salleh.


Bercakap kepada pemberita selepas sesi walkabout di Program Jualan Rahmah di Bentong, Pahang, beliau berkata program jualan itu bukan sekadar dilaksanakan pada sambutan tertentu seperti menjelang hari raya sahaja.


"Jenama Jualan Rahmah ini sebahagian daripada jenama Payung Rahmah dan ini adalah inisiatif KPDN tetapi sudahpun diwartakan oleh kabinet.


"Ia sesuatu yang benar-benar membantu rakyat kurangkan kos sara hidup, rakyat menunggu Jualan Rahmah di tempat masing-masing dan sekerap yang mungkin," katanya.


Fuziah turut memaklumkan program itu mendapat sambutan sangat baik sehingga ada cadangan agar kempen yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10 - 30% murah daripada kebiasaan itu diadakan pada setiap hujung minggu.


Hadir sama dalam program itu ialah Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang yang juga ADUN Teruntum, Sim Chon Siang.


Fuziah sementara itu mengalu-alukan penyertaan pemain industri khususnya pasar raya besar dialu-alukan untuk terlibat dalam program jualan tersebut yang dilihat akan memberikan situasi menang-menang antara pemain industri dan pengguna.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page