top of page

Rakyat digalakkan kuasai banyak bahasa, termasuk bahasa Tamil



Sebagai usaha menggalakkan pelajar menguasai lebih banyak bahasa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapan agar pembelajaran bahasa Tamil boleh diajar sebagai bahasa tambahan di sekolah awam.


Berucap ketika melancarkan Persidangan Penyelidikan Tamil Antarabangsa Ke-11 di Universiti Malaya (UM) pada Sabtu, Anwar berkata beliau percaya penguasaan bahasa tambahan penting dengan banyak sekolah elit dunia menggalak penuntutnya berbuat demikian.


"(Ini juga) untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai bahasa tambahan. Dalam sekolah-sekolah di seluruh dunia, seperti di Amerika Syarikat dan China, orang ramai menggalakkan pelajar untuk mengusai dua atau lebih bahasa yang bermakna dalam konteks ini pelajar India, menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Tamil.


"Saya fikir ia akan memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk mempunyai pelajar yang menguasai lebih banyak bahasa," katanya dipetik.


Bagi menjayakan rancangan itu beliau memaklumkan bakal mengadakan pertemuan bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek tidak lama lagi berbincang berhubung mempromosi bahasa itu.


"Dasar pendidikan kebangsaan menetapkan bahasa Melayu sebagai medium utama pengajaran, selain mempromosi bahasa Inggeris juga.


"Isunya syarat dikenakan Kementerian Pendidikan. Jika murid tidak cukup, anda akan berdepan masalah tenaga pengajar. Mengkehendaki (minimum) 15 murid mungkin syarat itu terlalu ketat.


"Saya akan bercakap dengan Menteri Pendidikan. Kami akan (cuba) mengurangkan jumlah minimum kepada 10 murid," jelas Anwar.

Beliau sementara itu berkata, ketika ini wujud set minda lama dalam kalangan ramai rakyat Malaysia termasuk Melayu bahawa mereka harus takut kepada usaha mempromosi bahasa lain di sekolah menengah, termasuk Bahasa Cina.


"Mereka nampaknya tidak menghiraukan bahawa menguasai bahasa kedua atau ketiga adalah satu keperluan.


"Boleh anda bayangkan Malaysia baharu wujud kemahiran dalam bahasa kebangsaan, dengan pelajar-pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan sebahagian besar mereka juga menguasai Bahasa Tamil, Cina dan Arab," tambahnya.


Anwar pada majlis itu mengumumkan peruntukan tambahan RM2 juta untuk Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya dan RM2 juta lagi untuk Kementerian Pendidikan melihat semula keadaan pendidikan Tamil di sekolah menengah.


Peruntukan ini, katanya sebagai menghormati Persidangan Penyelidikan Tamil Antarabangsa Ke-11

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page