top of page

Rakyat digalak guna AI semak kesahihan kandungan tular

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
6 minutes ago
2 min read
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil

Orang ramai digalakkan memanfaatkan aplikasi kecerdasan buatan (AI) seperti Gemini, ChatGPT dan Meta AI untuk menyemak kesahihan sesuatu kandungan yang diterima atau tular di media sosial.


Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kemudahan teknologi berkenaan boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan awal sama ada sesuatu maklumat mempunyai sumber yang sahih atau sebaliknya.


Beliau berkata, untuk kemudahan pengguna boleh memanfaatkan fungsi Meta AI dalam aplikasi WhatsApp dengan menghantar atau memanjangkan mesej yang ingin disemak.


"Sebenarnya sekarang kita boleh memanfaatkan aplikasi AI sama ada Gemini, ChatGPT, Meta dan macam-macam lagi.


"Kita boleh letakkan (ke dalam aplikasi) sesuatu kandungan yang kita nak semak, sama ada kandungan ini betul atau tidak, sumber sahih atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita di majlis Serahan Bakul Makanan Koperasi TNB kepada Warga Taman Pasir Permata, Apartment Zamrud, Jalan Klang Lama.


Menurut beliau, pengguna WhatsApp misalnya boleh menggunakan fungsi Meta AI yang tersedia di bahagian bawah kanan aplikasi berkenaan untuk mendapatkan maklum balas mengenai sesuatu kandungan.


"Dalam WhatsApp kita boleh forward kandungan kepada Meta AI. Kita boleh tengok di sudut bawah kanan ada satu tab, kita boleh bercakap dengan AI.


"Kita forward mesej, letakkan kandungan dan minta pandangan daripada Meta AI mengenai kesahihan sesuatu kandungan," katanya.


Sebagai contoh, Fahmi berkata beliau pernah menyemak satu grafik yang mendakwa Kuala Lumpur merupakan bandar raya paling berbahaya di dunia.


Bagaimanapun, hasil semakan menggunakan Meta AI mendapati dakwaan berkenaan tidak disokong statistik daripada pihak polis.


"Saya panjangkan satu grafik yang mengatakan ‘Kuala Lumpur satu bandar raya yang berbahaya di dunia’ dan Meta AI memaklumkan ini bukan mengambil statistik daripada pihak polis, jadi kita tidak tahu statistik datang dari mana.


"Jadi dia kata janganlah percaya kandungan seperti ini," katanya.


Beliau berkata, penggunaan teknologi AI boleh membantu orang ramai menilai sesuatu maklumat sebelum mempercayai atau menyebarkannya kepada pihak lain.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page