top of page

Rakyat Bukan Bodoh, Pengkhianat Kalah PRU15

  • Writer: Abdul Rahim Razak
    Abdul Rahim Razak
  • Jan 29, 2021
  • 1 min read

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, dasar perjuangan Melayu Islam Perikatan Nasional (PN) tidak lebih hanyalah retorik yang tidak pernah dibuktikan.


Katanya, setelah hampir setahun kerajaan PN berkuasa tiada ada perkara yang dilakukan meninggikan kedudukan Melayu Islam selain mengulangi apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.


Malah lebih buruk, katanya rakyat mula melihat dana negara dipunggah oleh puak PN untuk kepentingan diri mereka sendiri dan menyalahi prinsip Islam serta back fire kepada retorik mereka sebelum ini.


Selain itu, Abdullah Sani juga menasihati kawan-kawan yang berkhianat dan kini berada dalam PN agar tidak mempercelehkan KEADILAN dan PH kononnya akan hilang banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.


Katanya, rakyat tidak terlalu bodoh untuk menyokong PN secara membuta tuli. Sebaliknya menurut Abdullah kemungkinan PN pula yang akan tewas di tangan rakyat kelak.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page