Rakyat biasa diburu kerana berhutang, pemilik NFC ditarik balik saman gagal bayar hutang?



Laporan bahawa Maybank Singapore Limited, anak syarikat kumpulan Maybank yang merupakan syarikat pelaburan kerajaan Malaysia menarik balik saman hutang terhadap Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anaknya membuka mata rakyat mengenai layanan yang diterima oleh golongan elit.


Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, saman hutang yang bersabit dua pinjaman pembelian kondominium mewah di Singapura berjumlah RM8 juta itu tidak seharusnya ditarik balik memandangkan rakyat biasa yang tidak mampu membayar hutang sering diburu oleh pihak bank dan dibawa ke mahkamah.


"Keputusan Maybank Singapore untuk tidak meneruskan usaha mendapatkan kembali hutang dari pemilik NFC sangatlah tidak sensitif kepada kepayahan rakyat biasa menanggung hutang sejak wabak Covid 19 melanda.


"Rakyat tidak lupa bagaimana sukarnya mendapat pelepasan dan kelonggaran dari pihak bank untuk menguruskan ansuran hutang mereka sepanjang tempoh dua tahun yang lepas.


"Ramai juga rakyat biasa yang jatuh muflis kerana gagal melunaskan hutang mereka yang jumlahnya jauh lebih kecil daripada hutang NFC itu


"Pada masa yang sama, keluarga Tan Sri Shahrizat Jalil yang memiliki NFC dan berhutang puluhan juta seolah-olah mendapat layanan yang istimewa dan tidak seperti rakyat kebanyakan," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Rafizi juga mempertikaikan hutang tertunggak pemilik NFC yang dituntut kerajaan membayar kembali sebanyak RM250 juta.


Apatah lagi katanya, baru baru ini pemilik NFC didakwa berunding dengan kerajaan untuk menyelesaikan saman hutang itu di luar mahkamah


Rafizi terkesan kerana sejak kembalinya pemimpin Umno menerajui negara, terdapat tanda-tanda seolah-olah satu per satu kes bersabit NFC diselesaikan tanpa melalui jalan undang-undang yang sewajarnya sebagaimana dilalui rakyat biasa.


"Inilah gambaran bagaimana sekiranya Umno kembali berkuasa sepenuhnya di Putrajaya, skandal-skandal penyelewengan wang rakyat berkemungkinan akan ditutup begitu sahaja dan bekas-bekas pimpinan Umno yang terpalit dengan rasuah akan bebas


"Walaupun kes NFC sudah berlaku lebih sedekad, saya akan terus memantau dan tidak akan teragak-agak mempertimbangkan tindakan undang-undang dan tindakan politik untuk menuntut kembali dana RM250 juta itu


"Jumlah itu boleh membantu petani dan penternak kecil untuk meningkatkan bekalan makanan negara, lebih-lebih lagi ketika rakyat berdepan dengan kenaikan mendadak harga makanan," katanya lagi.


Skandal pinjaman NFC daripada Kerajaan Persekutuan kepada keluarga Ketua Wanita Umno ketika itu, Shahrizat Jalil untuk menternak lembu di Negeri Sembilan dan berakhir dengan pembelian kondominium mewah dibongkar Rafizi sedekad lalu, telah menaikkan nama ahli politik berkenaan dalam ulasan berita 'kondo lembu'.


Pemilik NFC sebelum ini telah menyaman Rafizi diatas pembongkaran berkenaan namun pemilik berkenaan kalah di dalam semua proses mahkamah sehingga ke Mahkamah Persekutuan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER