'Rakyat bersama PH bina masa depan lebih baik' - Adly



Rakyat Melaka yang keuar mengundi hari ini diseru untuk membina masa hadapan lebih baik bersama Pakatan Harapan (PH).


Seruan itu diucapkan oleh calon Ketua Menteri Melaka dari PH, Adly Zahari dalam ceramah grand finale, malam tadi.


"PH telah memperkenalkan Pelan Maju Bersama Harapan. Kita letakkan teras, strategi dan inisiatf untuk memacu ekonomi ke hadapan kerana kita tahu Melaka masih berdepan pademik Covid.


"Kita menggariskan beberapa strategi untuk memakmurkan negeri ini, dalam masa sama kita juga sudah memperkenalkan calon kita.

"Dalam masa sama saya sudah pergi ke 28 DUN dan kita sudah bertemu rakyat di seluruh pelusuk negeri mendengar pandangan mereka, keluhan mereka dan akhirnya kita datang dengan pelan tindakan untuk memastikan masalah masa depan dan kemakmuran negeri kita ini.


"Oleh itu, saya berkeyakinan esok rakyat negeri Melaka akan bersama PH untuk membina masa depan yang lebih baik," katanya.


Calon DUN Bukit Katil itu berkata dalam tinajuannya ke seluruh 28 DUN mendapati rakyat mahukan kerajaan 22 bulan PH diteruskan bagi menyambung kerja kerja yang tertangguh akibat tumbangnya kerajaan negeri lewat pengkhianatan beberapa ADUN pada Mac 2020.


Oleh itu, katanya kesempatan mengundi adalah cara terbaik untuk mengembalikan kerajaan PH.


"Di mana mana kita berjumpa rakyat mereka mahu mandat ini dikembalikan. Mereka mahu 22 bulan kerja kerja kita yang tertangguh itu diteruskan.


"Kita mahu negeri ini kita jaga seperti rumah kita. Kita duduk dalam rmah ini tanpa mengira bangsa dan agama. Jangan biar negeri kita tergugat dengan tangan tangan kotor," katanya.


Adly juga berpesan untuk tidak khuatir keluar mengundi kerana rakyat telah diberi vaksin 2 dos dan selamat untuk menjalani proses pengundian.


"Saya bersyukur kerana rakyat Melaka semakin hari semakin punya kesedaran untuk membuat keputusan.


"Ada kebimbangan keluar mengundi. Kita berada di fasa 4. Orang sudah divaksin. Bukan sahaja dengan dua dos, ada sebahagian dapat vaksin ke 3.


"Kita beri keyakinan esok kita akan selamat untuk terus ke pusat pengundian dan memilih kepiminan peringkat negeri," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER