top of page

'Rakyat beri mandat kepada PN, kerajaan Perlis kacau bilau'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 26, 2025
  • 2 min read

Oleh: Akmal Manaf


Rakyat digesa menilai semula keupayaan sebenar Perikatan Nasional (PN) dalam memikul amanah pentadbiran selepas konflik politik serius yang melanda Perlis, sekali gus membuktikan Kerajaan Perpaduan sebagai sebuah kerajaan yang lebih stabil dan berkeupayaan memberi manfaat kepada masyarakat.


Ketua Penerangan Pakatan Harapan (PH) Selangor, Abbas Azmi berkata, Perlis merupakan sebuah negeri kecil yang berada di hujung utara Semenanjung Malaysia dan mempunyai sumber pendapatan yang terhad serta memerlukan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan.


"Malangnya pemimpin di negeri ini gagal menguruskan perihal politik negeri dengan baik dan menatijahkan kacau bilau yang merugikan negeri.


"Dengan hanya mempunyai 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding negeri-negeri yang lain dan hanya ada seorang sahaja wakil PH dalam DUN Perlis berbanding 14 ADUN dari PN.


"Amat mendukacitakan apabila rakyat Perlis telah membuat keputusan memilih PN sebagai parti memerintah, namun amanah rakyat ini gagal dijaga dengan baik," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Abbas lagi, jika dibandingkan dengan negeri Selangor, meskipun blok Kerajaan Negeri melibatkan kerjasama antara PH dan UMNO-Barisan Nasional (BN), pentadbiran negeri itu tetap diurus dengan baik serta berjaya mengekalkan kestabilan politik yang kukuh dan cemerlang.


Ujarnya, PH sendiri terdiri daripada tiga parti komponen iaitu AMANAH, KEADILAN dan DAP ditambah dengan BN yang diwakili oleh UMNO melalui Kerajaan Perpaduan.


"Tetapi atas semangat permuafakatan dan rasa tanggungjawab atas amanah dan kepercayaan rakyat yang diberikan ketika pilihan raya negeri yang lepas, Kerajaan Selangor terus stabil dan memacu kejayaan demi kejayaan.


"Manakala Perlis yang hanya ada satu sahaja wakil PH dan blok kerajaan oleh PN mereka gagal menstabilkan politik dan pastinya kesan kepada pentadbiran negeri dan rakyat yang menanggung akibatnya.


"Ini adalah satu bukti kegagalan besar PN sebagai pentadbir negeri. Tambahan lagi tiga negeri lain yang dikuasai PN iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu yang sering mendapat perhatian daripada Datuk Seri Anwar walaupun berbeza parti tetapi contoh yang diberikan beliau iaitu tidak menganaktirikan negeri-negeri dibawah PN.


"Tidak mustahil apa yang berlaku di Perlis ini boleh berjangkit ke tiga buah negeri lain di bawah PN," katanya yang juga ADN Seri Serdang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page