top of page

Rakyat benci politik jika perebutan kuasa berpanjangan



Perebutan kuasa berpanjangan yang masih belum menunjukkan tanda tanda akan berakhir di pihak Perikatan Nasional mungkin akan menyebabkan sebahagian besar rakyat benci kepada politik dan memandang sinis terhadap ahli politik.


Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, David Cheong, titah Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 pada awal tahun ini yang berpesan agar kerajaan berkekalan sehingga baginda mengakhiri tugas seharusnya dijadikan pedoman dan ditaati.


"Kita harus faham titah tersebut dizahirkan rentetan kemelut politik negara yang tidak pernah berkesudahan selama tiga tahun sehingga menyebabkan berlakunya pertukaran tiga Perdana Menteri Malaysia dalam satu penggal.


"Hal itu telah memberikan kesan yang sangat besar terutama ketidakyakinan pelbagai pihak kepada negara dan telah memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat.

David Cheong

"Jadi, hormatilah keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dalam PRU15 lalu serta pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri ke-10 serta pembentukan Kerajaan Perpaduan yang sedang menerajui negara mengikut amalan demokrasi dan sah dari segi undang-undang.


"Usah diganggu gugat pentadbiran dan berilah peluang kepada kerajaan untuk memacu negara melalui konsep Malaysia Madani yang diharapkan sekali gus membawa pembangunan yang lebih makmur kepada negara," kata David Chong dalam satu kenyataan.


Tambah beliau, pertelingkahan politik dan perebutan kuasa hanya akan merugikan rakyat terbanyak, sementara ahli politik oportunis mendapat laba.


"Oleh itu jangan sampai rakyat membenci kepada politik disebabkan sikap segelintir pemimpin parti yang sibuk bertelagah dan langsung tidak mempamerkan sikap toleransi dan saksama


"Komplot untuk menjatuhkan kerajaan tidaklah perlu dilayan kerana ianya bermotif untuk menimbulkan keresahan dan mencerminkan golongan tersebut tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya telah tewas dalam pilihan raya lalu


"Marilah kita bersama-sama mendokong dan memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan mengangkat martabat rakyat dan membina semula Malaysia yang kita cintai," katanya lagi.



0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page