Rakyat akan melihat siapa sokong, tidak sokong RUU Anti Lompat Parti - Fahmi
- Suara Keadilan

- Jul 27, 2022
- 1 min read

Rang Undang undang Anti Lompat Parti yang akan diundi pada esok hari memberi peluang kepada rakyat melihat siapakah ahli politik yang jujur atau tertanam potensi khianat dalam diri mereka.
Ahli Parlimen Fahmi Fadzil (PH - Lembah Pantai) berkata, perbahasan di Dewan Rakyat yang disiarkan secara langsung boleh menjadi bukti kepada rakyat seluruh negara untuk mengetahui ikhlas atau tidaknya wakil rakyat yang mereka pilih.
"Rakyat melihat, rakyat meneliti apa yang kita sebut, siapa yang sebut. Bila Segamat (Ahli Parlimen Edmund Santhara) bangun tadi ada yang sebut (komen) di FB dan sebagainya.
"Ada yang mengatakan ketika YB Bera (Perdana Menteri) membuat ucapan dipermulaan tadi YB Gombak (Ahli Parlimen Azmin Ali) tidak ada di situ dan saya percaya bila kita mengundi esok, selepas YB Menteri menggulung, nama nama kita yang mengundi, tidak hadir, abstain, tidak mahu memilih, semua akan tercatat dalam handsard buat selama lamanya.
"Bermasud tak ada jalan lain mengenainya, kamu sokong RUU ini atau tak sokong," katanya.
Tegas Fahmi, apabila sikap sebenar Ahli Parlimen telah didedahkan dengan perilaku mereka, maka diharapkan lebih mudah untuk rakyat memgambil tindakan yang bersesuian pada Pilihan Raya Umum ke 15 nanti.
"Rakyat di luar sana akan tahu siapa yang sebenarnya menyokong satu pembaharuan dalam persada politik tanah air dengan adanya pindaan Perlembagaan ini, dan siapa sebenarnya yang menjadi 'gunting dalam lipatan, menjadi api dalam sekam, musuh dalam selimut'
"Rakyat akan lihat, kenal satu per satu. Maka itu akan menjadi signal dalam PRU akan datang, mereka inilah yang perlu rakyat lakukan sesuatu," katanya lagi.




Comments