Rakyat akan bangkit pertahan kebebasan kehakiman - Anwar



Percubaan untuk mempengaruhi atau menekan badan kehakiman hanya akan menyebabkan rakyat bangkit menolak penguasa yang zalim.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran supaya kerajaan mempertahankan integriti badan kehakiman dan tidak membenarkan usaha usaha untuk menekan hakim.


"Badan kehakiman kita ini tercemar sejak sekian lama. Banyak kupasan dibuat termasuk ke atas (kes) Tun Salleh Abbas dan banyak perbicaraan kes berprofail tinggi (yang kontroversi) dan malah sampai kepada pelapor Bangsa bangsa Bersatu, menunjukkan sistem kehakiman negara tempang.


"Maka beberapa tahun yang lalu, Ketua Hakim yang baru, ada percubaan untuk meletakkannya pada batas hukum, negara mesti tegak dengan tunggak hukum. Ini dikatakan negara hukum. Bukan hakim mengikut telunjuk penguasa politik seperti yang pernah berlaku sebelumnya.


"Jangan dianggap ini perkara janggal. Kepada badan kehakiman saya tegaskan bahawa persepsi buruk ini sudah begitu lama dan sekarang ada percobaan untuk melakukan reform dalam badan kehakiman.


"Ada sosok yang berkepentingan mempertahankan rasuah, mempertahankan pemimpin yang bergelumang dengan rasuah skala besar, mahu pun merosakan proses kebebasan kehakiman. Maka sebab itu saya percaya rakyat akan bangkit mempertahankan badan kehakiman yang bebas, dan segala percubaan dari orang yang nampak telibat dalam rasuah besar. Sama ada namanya 1MDB atau yang lain, itu kita harus berani mempertahankan kebebasan kehakiman," kata Anwar dalam sidang media usai merasmikan Kongres Generasi Keadilan, semalam.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, penguasa tidak seharusnya terbiasa dengan sistem lama yang menyapu semua masalah di bawah karpet.


Akibatnya, penyelewengan dan kebejatan hanya dibongkar oleh pihak berkuasa di luar negara.


Hal itu akan menyebabkan Malaysia menjadi 'negara ditinggalkan' dan tidak lagi diyakini oleh orang asing.


"Orang terbiasa dengan sistem lama. Yang terbongkar (kes rasuah) di luar, yang terbongkar baru baru ini di Singapura, yang terlibat tokoh korporat Malaysia. Terbongkar di New York melihatkan (penglibatan) tokoh politik Malaysia. Terbongkar di Paris. Sebab itu kita mahu, sama ada badan kehakiman, lembaga hasil, Bank Negara Malaysia, SPRM dan siasatan jenayah komersial polis haruslah tegas mengembalikan kebebasan.


"Saya juga ingin tegaskan, bagi pihak KEADILAN, PH, pejuang jalanan (reformis), mereka tidak akan bertolak ansur dengan kerosakan ini," katanya di hadapan barisan otai reformasi yang berjuang sejak 1998.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER