top of page

Rakaman audio dedah Muhyiddin dalang Bersatu keluar PH


Dalang sebenar kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 23 Februari lalu terbongkar apabila satu rakaman audio yang tersebar di media sosial mendedahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan individu yang cuba membawa keluar Bersatu daripada PH dan bergabung dengan Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan baharu.


Dalam rakaman tersebut, Muhyiddin terang-terang menyebut dalam mesyuarat pukul 2 petang bersama pemimpin tertinggi Bersatu bahawa agenda utamanya ketika itu adalah membawa Bersatu keluar daripada PH tetapi Bersatu kekal dalam kerajaan Pusat.


"Kita pikirkan soal paling besar dalam sejarah iaitu keluar daripada PH ke satu pakatan lain tapi kerajaan. Kerajaan yang diterajui Bersatu. Itu yang penting.


"Jadi kalau wajar dan munasabah kalau boleh tamatkan mesyuarat dan lepas itu kita bagi mandat penuh pada Tun M. Setuju? Kalau tak bagi mandat, kita mesyuarat sekali lagi OK, kita bagi mandat pada Tun.


Muhyiddin ketika itu juga berbunyi bahawa beliau seolah-olah masih menyokong Mahathir.


"Tak pernah kita ragukan kebijaksanaan Tun. Beliau sudah jadi PM begitu lama kita perlu hormat Tun, jadi kita buat apa yang beliau minta kita lakukan," katanya seperti dalam rakaman tersebut.


Namun, pada hari yang sama Muhyiddin bertindak mengumpulkan semua pemimpin Bersatu di Hotel Sheraton dan umum keluar dari PH, tanpa pengetahuan Mahathir dan Mukhriz sekaligus menjatuhkan kerajaan sedia ada.


Jika dibandingkan rakaman audio tersebut dengan tindakan Bersatu ketika itu, ia jelas menunjukkan Muhyiddin sanggup membelakangkan mandat Mahathir semata-mata untuk keluar dari PH dan bersekongkol dengan Azmin Ali dan konco-konconya serta UMNO dan PAS untuk kekal memegang kuasa.


Siapa yang gila kuasa sebenarnya?

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page