top of page

Raikan Syawal, suburkan perpaduan - Abun Sui Anyit

  • Apr 1
  • 1 min read


Hari Raya Aidilfitri merupakan waktu untuk mengeratkan perpaduan dengan saling kunjung mengunjung dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia.


Senator Abun Sui Anyit berkata, Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti nantikan bukan sahaja oleh penganut Islam tetapi juga rakan rakan bukan Islam untuk saling mengeratkan hubungan antara sesama.


"Hari Raya yang disambut setiap tahun merupakan antara perayaan yang dinanti-nantikan oleh setiap lapisan masyarakat, kaum dan agama di negara ini.


"Sebagai seorang yang bukan Islam, saya dan keluarga juga turut menanti-nantikannya untuk meraikannya bersama saudara dan rakan rakan yang beragama Islam.


"Rumah terbuka pemimpin Kerajaan turut dikunjungi sebagai contoh kepimpinan melalui teladan bagi rakyat keseluruhannya.


"Syukur dan syabas kepada umat Islam yang telah berjaya menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadan.


"Syawal yang tiba wajar diraikan bersama demi menyuburkan perpaduan di kalangan kita rakyat Malaysia," katanya dalam ucapan meraikan Aidilfitri.


Senator mewakili KEADILAN Sarawak itu berharap rakyat Malaysia akan lebih bersatu padu selepas Aidilfitri ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page