top of page

Raikan Hari Raya Aidilfitri dalam 'kebiasaan baharu'


Presiden NGO Rapat, Mustaffa Kamil Ayub dalam perutusan Hari Raya Aidilfitrinya menyeru rakyat Malaysia agar menyambut Syawal dengan 'kebiasaan baharu' atau new normal. Katanya, dalam meneruskan budaya kemeriahan berhari raya rakyat jangan terleka dengan wabak Covid 19 yang masih belum reda. Menurutnya, kuarantin adalah perkara yang dianjurkan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w., saidina Omar dan Ibnu Sina yang mana mereka menghadapi wabak taun tanpa ubat selain melakukan kuarantin. "Pengalaman kuarantin memang telah ada sejak tamadun awal Islam yang memberi kesan kepada cabaran keagamaan dan aktiviti sosial. Kita kena ada kemampuan untuk berdepan dengan suasana ini," kata Mustaffa dalam video berdurasi 4 minit. Beliau juga mengingatkan realiti politik hari ini yang tidak stabil dan mungkin akan membawa kepada pilihan raya umum mengejut selepas Aidilfitri. "Berhadapan dengan realiti politik, ada kemungkinan berlaku pilihan raya mengejut. Ini meminta kita semua menghadapi ketidaktentuan politik dengan sebaik mungkin," ujarnya yang pernah menjadi Naib Presiden KEADILAN sedekad lalu. Selain itu, Mustafa juga berpesan agar penyokong KEADILAN menghadapi kebiasaan baharu dengan 7 perkara. Iaitu, sabar dan reda tanpa keluh kesah; ikhlas dalam proses membaiki suasana; beri kepercayaan kepada pemimpin menangani suasana; memperbaiki siratulrahim; bina kepercayaan orang ramai dalam perhubungan; semangat amal makruf nahi mungkar dan harus menangani kemelut bukan dengan cercaan. Untuk rekod, NGO Rapat ditubuhkan pada 2018 dan sering membantu kebajikan pada Reformis serta rakyat Malaysia yang memerlukan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page