top of page

Raikan Aidilfitri penuh kesyukuran setelah 2 tahun pandemik - Amirudin

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 2, 2022
  • 1 min read


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengucapkan Sealmat Hari Raya Aidilfitri dan menyeru agar rakyat Selangor serta Malaysia meraikan Hari Raya dengan penuh pengertian setelah 2 tahun dibelenggu pandemik Covid 19


Beliau merakamkan ucapan Aidilfitri di Mekah kerana masih dalam ibadah umrah


"Salam Lebaran buat semua dari saya di Tanah Suci Mekah. Saya doakan agar seluruh rakyat dan Negeri Selangor aman dan sentosa.


"Marilah kita rakam rasa syukur tahun ini setelah kita terkekang akibat pandemik Covid 19, kita dapat rayakan Aidilfitri bersama rakan taulan dan ahli keluarga


"Marilah kita raikan dengan penuh kesyukuran setelah kita kembali kepada fitrah kehidupan manusia yang sebenarnya


"Saya Amirudin Shari mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin," katanya.



MB Amirudin masih menunaikan ibadah umrah di Mekah

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page