Raikan Aidilfitri bersederhana, jangan lupa tarbiyah Ramadan



Hari Raya Aidilfitri yang disambut di seluruh negara pada hari ini selain memberi peluang untuk bergembira bertemu sanak saudara haruslah diraikan dengan penuh kesederhanaan.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, peluang berhari raya setelah 2 tahun dalam Perintah Kawalan Pergerakan seharusnya dinikmati dengan rasa syukur dan memuji kebesaran Illahi serta tidak melupakan tarbiyah Ramadan yang melatih sifat sifat terpuji.


"Alhamdulillah tahun ini kita kembali dapat raikan Aidilfitri bersama keluarga selepas dua tahun kekangan dari wabak.

"Justeru raikanlah Aidilfitri ini secara sederhana dan jangan biarkan didikan madrasah tarbiyah Ramadan selama sebulan itu beransur pudar," katanya dalam perutusan Hari Raya.


Oleh itu, Anwar dan keluarga mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri setulus hati kepada seluruh umat Islam Malaysia.


"Di kesempatan ini, saya dan Azizah sekeluarga memohon maaf dengan penuh keikhlasan atas segala kekhilafan.


"Taqabbal Allahu minna wa minkum salih al-a’mal.


"Kullu ‘am wa antum bi khayr," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER