
Walaupun sibuk dengan tugas Menteri, Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli pada hari cuti turun padang di Kaunter Bergerak Pusat Khidmat Pandan untuk melayan aduan rakyat.
"Saya berada di Kaunter Bergerak Pusat Khidmat Parlimen Pandan untuk menjawab soalan yang telah dikemukakan kepada saya tentang Masalah Penduduk setempat kawasan.
"Saya jemput sahabat-sahabat untuk ikuti secara langsung di platform media sosial saya bermula jam 9 pagi," katanya dalam catatan di Facebook.
Kaunter aduan bergerak diperkenalkan beliau di parlimen Pandan untuk memudahkan orang ramai mengadu masalah. Mereka tidak perlu pergi ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen sebaliknya menunggu di kawasan masing masing pada waktu yang dijadualkan.