top of page

Rafizi sifatkan Azmin Ali takut berdebat



Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Azmin Ali cuba mengelak dari berdebat dengannya.


Ia susulan tindakan Azmin meletak syarat sebelum berdebat.


Melalui satu hantaran di Twitter, Rafizi berkata, Ketua Penerangan PN itu sebenarnya bimbang rekod pencapaian semasa dia menjawat Menteri Kanan Hal Ehwal Ekonomi ditanya.


"Kesian. Dia (Azmin) bimbang rekod dia semasa Menteri Ekonomi ditanya. Jadi untuk elak berdebat, dia bagi syarat turun harga minyak dahulu.


"Harga RON95 kalau tidak kerana formula yang saya kempen dulu, sekarang RM3.10. Tak apalah kita tunggu panglima PN yang sebenar – MB Kedah (Datuk Seri Sanusi Md. Nor)," tulis Rafizi.


Sebelum ini Rafizi dalam ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan mencabar Azmin berdebat mengenai ekonomi Malaysia sekiranya pemimpin PN itu berani.


Susulan itu Astro Awani menyatakan minat menerbitkan debat tersebut dan Ketua Pengarangnya, Ashwad Ismail telah mengemukakan surat jemputan ‘Debat Ekonomi Malaysia’ kepada kedua-dua pihak.


Rafizi kemudian melalui Setiausaha Sulit Kanan menyatakan persetujuan untuk menerima pelawaan itu.


Mohamed Azmin walaupun dalam ceramah dihadapan penyokong PN menyatakan persetujuan berdebat, namun berselindung dengan syarat Rafizi perlu terlebih dahulu membuktikan berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.


Bekas pemimpin KEADILAN yang dianggap antara dalang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui langkah Sheraton itu turut mengungkit janji untuk menurunkan harga minyak yang dikemuka 15 tahun dahulu iaitu ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.


"Pertama turunkan harga minyak terlebih dahulu. Bukan saya janji, kamu yang janji. Hari ini saya jadi Perdana Menteri, esok minyak turun….sudah turun belum? Kalau belum turun, turunkan dulu baru jumpa aku," kata Azmin di depan penyokongnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page